American Pie

American Pie merupakan filem komedi keluaran tahun 1999. Ia mengenai kisah remaja-remaja di sekolah tinggi yang ditulis oleh Adam Herz dan diarahkan oleh Paul dan Christ Weitz bersaudara dalam debut filem arahan mereka. Ia merupakan filem pertama dalam siri wayang gambar American Pie. Filem ini mencapai taraf box-office lantas mencetuskan tiga rantaian siri berturutan iaitu American Pie 2 (2001), American Wedding (2003) dan American Reunion (2012).

Filem ini berkisar kepada lima orang remaja lelaki iaitu Stiffler, Jim, Oz, Kevin dan Finch yang bersekolah di Sekolah Tinggi East Great Falls. Jim, Oz, Kevin dan Finch membuat perjanjian sesama mereka untuk hilang teruna sebelum mereka tamat sekolah tinggi. Tajuk filem ini dipinjam dari lagu rakyat dengan nama yang sama merujuk kepada satu babak dalam filem tersebut. Babak tersebut menunjukkan satu watak di dalamnya ditangkap melancap dengan sebiji pai selepas diberitahu kedalaman ketiga terasa seperti pai epal panas. Dinyatakan juga oleh penulis wayang, Adam Herz bahawa tajuk itu juga merujuk kepada perlumbaan remaja-remaja tersebut untuk menyerahkan teruna mereka sebelum tamat sekolah tinggi. Ia digambarkan dengan kata-kata, "Orang Amerika bagaikan pai epal".  

Lagu tema filem tersebut dibentangkan oleh James, dan ia menjadi lagu tema bagi semua francais filem tersebut. Sebagai tambahan kepada saga American Pie, terdapat juga empat putaran DVD terus filem tersebut yang menggunakan tajuk American Pie Mempersembahkan: Band Camp (2005), The Naked Mile (2006), Beta House (2007) dan The Book of Love (2009). Sebagai maklumbalas kepada kejayaan American Union, iaitu filem tayangan panggung wayang kelima, dengan tajuk American Pie 5 diumumkan pada 4 Ogos 2012.

Jalan Cerita

Empat sekawan dari barat Michigan, terdiri daripada Kevin Myers yang merupakan seorang senior di sekolah tinggi dan merupakan seorang pelajar yang berkeyakinan diri tinggi bersama dengan seorang teman wanita bernama Vicky; Chris Oz, Ostreicher, seorang pemain lacrosse sekolah tinggi; Jim Levenstein, seorang yang berperwatakan janggal dan naif dengan hal hubungan jenis sehingga bapanya cuba memberikan nasihat-nasihat mengenai hubungan jenis termasuklah membeli dan memberikannya bahan lucah; dan Paul Finch, seorang peminat kopi Cappucino. Mereka membuat perjanjian semasa penerimaan Kevin, untuk menghilangkan teruna mereka sebelum majlis pengijazahan sekolah tinggi mereka. Mereka lebih nekad lagi selepas seorang pelajar sekelas mereka yang membosankan, Chuck Sherman, mendakwa bahawa dia sudah pun hilang teruna pada majlis sukaria yang diadakan oleh Steve Stiffler. Steve Stiffler merupakan seorang pelajar nakal dan juga seorang pemain lacrosse serta kebetulannya sahabat karib kepada empat sekawan tersebut. 

Vicky kemudian menuduh Kevin hanya bersama dengannya untuk hubungan jenis, jadi dia mesti mencuba untuk memperbaik hubungan mereka sebelum malam tari menari akan datang, apabila mereka sekawan merancang untuk hilang keterunaan mereka. Dia akhirnya berjaya. Sementara itu, Oz pula menyertai koir jazz sebagai usaha untuk menghilangkan tanggapan bahawa dia adalah seorang atlet sukan yang tidak sensitif dan mencari teman wanita di sana. Kemudiannya, dia memenangi perhatian Heather, seorang gadis peserta koir. Walau bagaimanapun, masalah menjadi rumit bagi Oz apabila Heather mengetahui hal sebenar mengenai Oz dan memutuskan hubungan dengannya. Walaupun dia berjaya memenangi kepercayaan gadis tersebut kemudiannya, namun dia juga berhadapan dengan keadaan sukar memilih untuk menyertai kejohanan lacrosse atau pun berduet dengan gadis tersebut dalam pertandingan koir.

Sementara itu, Jim cuba memikat Nadia (Shannon Elizabeth), seorang pelajar pertukaran dari Czechoslovakia yang meminta Jim membantunya dalam pengajian bagi menghadapi ujian yang akan datang. Stifler memujuknya untuk memasang webcam di biliknya supaya mereka boleh melihat tindak-tanduk mereka. Rancangan tersebut tidak berjalan lancar apabila Nadia menemui himpunan majalah porno Jim dan duduk di atas katilnya sambil membaca dan melancap. Jim tergesa-gesa pulang ke biliknya, dan ingin menyertai Nadia. Dia tidak sedar bahawa dia telah menghantar link webcam tersebut kepada semua orang dalam senarai rakan sekolahnya. Keluarga angkat Nadia turut melihat video tersebut. Mereka terus menghantarnya pulang ke Eropah. Keadaan ini menyebabkan Jim tiada peneman untuk majlis prom, dan kemungkinan untuk hilang terunanya sebelum habis sekolah tinggi nampaknya berakhir.

Dalam keadaan terdesak itu, Jim meminta seorang budak perempuan pelik yang tak popular, Michelle Flaherty (Alyson Hannigan) menjadi penemannya ke prom kerana hanya dia saja gadis di sekolah yang tak melihat kejadian yang memalukan semalam. Finch, dalam pada itu, membayar rakan Vicky, Jessica (Natasha Lyonne), $200 untuk menyebarkan khabar angin ke seluruh sekolah mengenai kepakaran seksnya, dengan harapan bahawa peluangnya untuk mendapatkan gadis bagi menghilangkan teruna berjaya. Malangnya, dia terkena malang pula apabila Stifler tersinggung kerana gadis yang diajaknya untuk ke prom menolak ajakannya disebabkan menunggu Finch mengajaknya. Stifler memasukkan julap dalam mochaccino Finch. Finch yang paranoid terhadap terhadap tahap kebersihan tandas sekolah, tak dapat pulang ke rumah pula, lalu ditipu oleh Stifler supaya menggunakan tandas perempuan untuk membuang air. Selepas kejadian itu, Finch dimalukan dan dia pun tak ada peneman untuk prom lagi kerana gadis semua tak mahu keluar dengannya.  

Di prom, semuanya nampak seperti tiada harapan lagi bagi keempat-empat remaja lelaki tersebut sehingga Vicky meminta gadis yang didakwa oleh Chuck Sherman pernah menidurinya untuk "kali pertama". Gadis itu mengumumkan bahawa dia dan Sherman tak pernah pun berhubungan seks di parti rumah Stifler. Sherman malu dan membasahkan dirinya sendiri. Pendedahan ini menekan Jim, Kevin, Oz dan Finch, lalu mereka pun melalui peristiwa selepas prom dengan harapan baru.

Di rumah Stifler selepas parti itu, semua empat remaja lelaki itu memenuhi impian mereka. Kevin dan Vicky berhubungan seks dalam bilik tidur tingkat atas rumah Stifler. Vicky kemudian berpisah dengan Kevin dengan alasan bahawa nanti mereka akan tetap berpisah juga apabila masuk ke kolej, dengan Kevin akan ke Universiti Michigan manakala dia pula akan ke Universiti Cornell. Kevin cuba memujuknya tetapo kemudian menyedari bahawa jarak antara dua pusat pengajian itu nanti akan menjadi beban pula.

Oz kemudian mengakui bahawa dia ada bertaruh mengenai Heather, tetapi meninggalkan taruhan tersebut dan menyatakan bahawa dengan mereka bersama pun sudah cukup membuatkannya menjadi pemenang. Mereka berbaik semula dan berhubungan seks di atas dock sampan. JIm dan Michelle pula berseks selepas mendapati bahawa Michelle bukannya begitu bodoh. Michelle menyatakan bahawa dia pun ada melihat insiden Nadia tersebut. Dia menerima tawaran keluar dengan Jim kerana dia pasti bahawa Jim seorang "teruna". Tapi dia menyuruh Jim memakai dua helaian kondom bagi mengatasi masalah Jim cepat terpancut. Jim dikejutkan lagi bahawa Michelle sebenarnya ganas sekali di ranjang. Pagi esoknya, dia bangun dan mendapati bahawa Michelle sudah tiada. Didapati bahawa Michelle cuma mempergunanya untuk menjadi peneman semalam sahaja. Tapi Jim berasakan bahawa pengalaman itu "hebat" sekali. 

Tanpa teman wanita, Finch merayau-rayau di tingkat bawah bilik rekreasi. Dia bertemu dengan emak Stifler (Jennifer Coolidge). Emak Stifler berasa tertarik dengan ciri-ciri matang di sebalik wajah keanak-anakan Finch itu. Lalu, mereka pun berseks di atas meja pool. Keesokan paginya, Stifler masuk ke bilik itu dan mendapati bahawa Finch dan ibunya berhubungan seks. Stifler pengsan kerana tak percaya bahawa ibunya dan "Shit-break" bersama. Pagi selepas prom itu, Jim, Kevin, Oz dan Finch makan sarapan di restoran kegemaran mereka dengan tema tahun yang bermakna buat mereka, "Tahun Anjing" dan mereka pun mengucapkan selamat untuk "langkah seterusnya". Filem berakhir dengan Nadia sedang menari bogel depan webcamnya. Bapa Jim berjalan masuk ke bilik dan kemudian keluar semula dan mula menari seperti Jim.