Austin Macauley Publishers

Austin Macauley Publishers atau Penerbit Austin Macauley, adalah sebuah pusat penerbitan bebas dengan pejabat di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Sejak tahun 2006 lagi, ia telah menerbitkan hasil kayra penulis di lebih 40 buah negara, dengan tajuk fiksyen yang memenangi anugerah, bukan fiksyen dan tema kanak-kanak.

Model penerbitan bersama yang diamalkan oleh syarikat ini berjaya menyediakan ruang untuk penulis yang kurang dikenali dalam komuniti serta menjadi jambatan antara mereka dengan dunia penerbitan. Syarikat ini menggabungkan profesionalisme dengan penerbitan tradisional dengan memberikan kemudahan akses serta keanjalan dalam penerbitan secara persendirian. Syarikat ini komited kepada judul dalam pelbagai aksesibiliti yang mana ia telah lama berkecimpung dalam pelbagai jenis format penerbitan seperti cetakan, digital dan audio. Selain itu, jaringan pengedaran antarabangsanya juga mewujudkan hubungan antara para pembaca di seluruh dunia.