UNHCR ini adalah agensi yang menawarkan peluang pekerjaan yang pelbagai kepada sesiapa yang berminat untuk membuat perubahan dalam kehidupan pelarian dan komuniti yang dipaksa untuk berpindah dari negara asal. UNHCR memainkan peranan penting dalam menyediakan bantuan dan sokongan kepada berjuta orang di seluruh dunia melalui misinya melindungi kehidupan serta melindungi hak mereka yang memerlukan.
UNHCR merupakan salah satu agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang didedikasikan untuk menyelamatkan nyawa, melindungi hak pelarian dan membina masa hadapan yang lebih baik bagi orang yang terpaksa melarikan diri dari negara asal mereka disebabkan oleh konflik peperangan, keganasan dan sebagainya.
Kenapakah memilih kerjaya dengan UNHCR?
Bekerja dengan UNHCR boleh menjadi peluang yang bernilai dan memberikan pengalaman yang bermakna kerana:
1. Membuat Perubahan - UNHCR didedikasikan untuk melindungi dan membantu pelarian, orang yang dipaksa keluar dari negara asalnya dan individu tanpa kewarganegaraan. Anda berpeluang untuk memberikan impak positif kepada kehidupan orang yang teraniaya dan lemah di seluruh dunia. Selain itu, anda berpeluang menyumbang kepada penyediaan bantuan yang menyelamatkan nyawa, menyokong hak mereka dan membantu mereka membina semula kehidupan mereka.
2. Kerja Kemanusiaan - Bekerja dengan UNHCR membolehkan anda menjalankan kerja kemanusiaan di peringkat global. Anda akan berpeluang untuk bekerja dalam suasana yang pelbagai dan mencabar, bekerjasama dengan kerajaan, NGO serta komuniti setempat bagi mengetengahkan keperluan pelarian dan orang yang terjejas akibat konflik. Kerja ini boleh jadi memberikan kepuasan dan bernilai untuk perkembangan sahsiah peribadi anda.
3. Perkembangan Profesional - UNHCR menawarkan peranan yang pelbagai dan peluang kerjaya yang luas. Sama ada anda berminat dalam perlindungan perundangan, khidmat komuniti, hal ehwal awam, kesihatan atau bidang yang lain, UNHCR menyediakan ruang untuk perkembangan dan kemajuan profesional anda. Anda boleh menimba pengalaman berharga, memperkembang set kemahiran anda serta pemahaman anda terhadap isu kemanusiaan yang begitu rumit dari semasa ke semasa.
4. Pendedahan Antarabangsa - Bekerja dengan UNHCR selalunya melibatkan urusan di pelbagai negara dan kebudayaan yang berbeza-beza. Hal ini memberikan peluang yang unik bagi meluaskan lagi pemandangan anda, mempertingkatkan lagi daya saing merentasi kebudayaan, serta melihat pelbagai isu melalui perspektif global. Selain daripada itu, anda juga berpeluang untuk bekerjasama dengan rakan sekerja dari pelbagai latar belakang serta belajar dari pengalaman mereka.
5. Kerjasama dan Kerja Berpasukan - UNHCR menekankan kerjasama dan kerja secara berpasukan. Bekerjasama dengan rakan sekerja yang bersemangat dan berdedikasi boleh menyumbang kepada peningkatan kemahiran anda dan kepakaran anda dalam usaha secara kolektif. Persekitaran yang saling bekerjasama ini menyokong pembelajaran, inovasi dan pertukaran idea.
6. Advokasi dan Mempengaruhi Dasar - UNHCR memainkan peranan penting dalam mendokong hak pelarian dan orang yang terjejas akibat konflik. Anda boleh terlibat dalam menyumbang kepada pembentukan dasar, mempengaruhi, proses pembuatan keputusan dan meningkatkan kesedaran mengenai cabaran yang dihadapi oleh pelarian. Kerja sokongan ini boleh memberikan impak yang lebih meluas kepada maklum balas komuniti antarabangsa terhadap isu perlindungan dan dihalau keluar dari negara asal.
7. Kepuasan Bekerja - Ramai individu yang mendapati bahawa bekerja dengan UNHCR memberikan kepuasan kepada mereka dan memberikan pengalaman berharga. Peluang untuk memberikan impak secara langsung dalam kehidupan populasi rentan, rasa mempunyai matlamat dalam pekerjaan dan pengetahuan bahawa anda adalah sebahagian daripada usaha global dalam mengetengahkan krisis kemanusiaan boleh juga menjadi penyumbang kepada kepuasan anda dalam bekerja.
Selanjutnya, penting sekali untuk anda sedari bahawa sebab seseorang itu bekerja di UNHCR boleh jadi pelbagai dan berbeza pula antara satu sama yang lain. Oleh itu, anda dinasihati supaya menjelajahi laman web organisasi, penerangan mengenai bidang tugas, dan bercakap dengan individu yang pernah bekerja atau yang sedang bekerja di UNHCR bagi mendapatkan pemahaman yang lebih tuntas mengenai motivasi khusus serta pengalaman yang dikaitkan dengan pekerjaan di organisasi ini.
Kaedah mencari kerja di UNHCR
Untuk mencari pekerjaan di UNHCR, anda boleh melawat laman web rasmi UNHCR atau menggunakan platform atas talian UNHCR untuk merekrut pekerja. Berikut adalah langkah yang anda boleh ikuti:
- Melayari laman web UNHCR di unhcr.org.
- Kemudian klik pada seksyen "Careers" dalam laman web tersebut.
- Jelajahi peluang pekerjaan - sebaik sahaja anda berada dalam seksyen "Careers", anda akan mendapat maklumat mengenai peluang pekerjaan terkini dan kerja kosong. UNHCR mengambil pekerja untuk pelbagai peranan dan lokasi di seluruh dunia.
- Cari masukan pekerjaan yang khusus. Anda boleh gunakan fungsi enjin carian dalam laman web UNHCR bagi mencari masukan kerja yang khusus. Gunakan kata kunci, lokasi atau kategori pekerjaan bagi mengkhususkan lagi hasil carian.
Kaedah permohonan kerja di UNHCR
Untuk membuat permohonan pekerjaan di UNHCR, sila ikuti langkah seperti berikut:
- Lawati laman web UNHCR (UNHCR Recruitment Portal).
- Jelajahi peluang kerja kosong dan lihat senarai pada "the list of available job vacancies".
- Semak gambaran pekerjaan dengan menekan klik pada job title untuk melihat penjelasan mengenai tugasan, keperluan dan tanggungjawab. Pastikan anda membaca iklan pekerjaan dengan cermat bagi memahami kelayakan dan kemahiran yang diperlukan untuk jawatan tersebut.
- Sediakan permohonan anda termasuklah resume atau CV, surat cover dan dokumen lain yang diperlukan. Seterusnya, susun permohonan anda untuk menepati keperluan pekerjaan yang khusus dan gariskan kemahiran serta pengalaman yang relevan.
- Sebaik sahaja permohonan anda sudah disediakan, tekan klik pada butang "Apply" yang disediakan pada masukan pekerjaan. Hal ini akan membawa anda kepada laman penyerahan permohonan.
- Lengkapkan borang permohonan. Isi borang permohonan anda dengan maklumat peribadi, pendidikan, pengalaman kerja dan butiran lain yang relevan. Seterusnya, pastikan anda memberikan maklumat yang lengkap, tepat dan terkini.
- Muat naik dokumen. Muatkan resume atau CV and, surat cover dan dokumen lain yang diperlukan seperti yang dijelaskan dalam borang permohonan. Pastikan bahawa dokumen anda ditetapkan dalam format yang dipinta contohnya seperti dalam format PDF atau Word.
- Serahkan permohonan anda - selepas melengkapkan borang permohonan dan memuat naik dokumen, semak permohonan anda bagi memastikan maklumat anda semuanya tepat. Kemudian, serahkan dokumen anda dengan menekan klik pada butang "Submit" atau "Apply".
- Sentiasa pantau permohonan anda - selepas penyerahan dokumen anda, anda akan menerima emel pengesahan. Pantau status permohonan anda melalui platform merekrut UNHCR secara atas talian atau di sebarang saluran komunikasi yang disediakan.
- Buat susulan sekiranya perlu - jika anda tidak menerima sebarang maklum balas dari UNHCR dalam masa yang munasabah, maka anda boleh mempertimbang untuk membuat susulan berkenaan permohonan anda. Walau bagaimanapun, anda perlu juga menyedari bahawa proses merekrut mengambil masa kerana UNHCR menerima jumlah permohonan yang sangat besar. Jadi, kesabaran menjadi kunci kepada kejayaan permohonan anda.
Sumber: Halaman NDANGIRA.NET (akses pada 17 September 2023)