Papan Hitam

Bahagian I

Roh hidup sebagai hantu dalam rupa bayangan. Kewujudan roh-roh itu adalah benar. Adakah roh-roh itu lebih berkuasa daripada manusia?? Bolehkah manusia berhubung dengan roh-roh tersebut? Apakah terdapat medium untuk kita berhubung dengan roh-roh ini? Adakah roh-roh itu ingin berkomunikasi dengan manusia?? Banyak persoalan yang bermain di benak pemikiranku ini. Mungkinkah terdapat jawapan untuk semua persoalan ini? Satu jawapan yang terbit dalam pencarianku ini... Ringkas saja... Papan hitam!

Aku Ashok Raj. Aku sedang mengkaji mengenai keberadaan roh. Matlamat pengkajian bertahun-tahunku itu adalah untuk mendedahkan perkara yang tidak diketahui orang. Aku mengkaji dan mengkaji lalu mendapati bahawa dunia ini mempunyai pelbagai jenis sumber maklumat. Atharvana Veda yang merupakan khazanah warisan nenek moyang kepada kita menjelaskan bahawa pergerakan dalam Bima Sakti ini dipengaruhi oleh kedudukan graha (semangat bintang)... Terutamanya apabila graha-graha bertakhta dalam lagna kundali segi kelapan, maka suara roh-roh di bumi boleh didengari oleh kita. Jika kita memberi penumpuan yang penuh, barangkali kita boleh menggetarkan graha di segi empat kelapan kundali....

Aku bingkas bangun dari meja belajar lalu menggapai telefon bimbit menelefon rakanku, "Helo Anil kah itu?" Kedengaran suara serak-serak seperti orang mengantuk menjawab panggilanku itu, "Ya lah, kau kah itu Ram? Kau ini tak reti tengok jam kah? Sekarang ini sudah jam dua pagi! Aku baru saja tidur nyenyak nih. Apa halnya telefon sampai tak sempat tunggu siang?"
"Panjangnya kau berkhutbah! Heh, kau ingat tak lagi perbincangan kita minggu lepas selepas balik dari Setapak? Aku nak minta kerjasama kau untuk mengkaji aktiviti paranormal. Besok petang, kau datang ke rumah aku boleh?"

Bahagian II

Perlahan-lahan aku mencucuh dua batang lilin upacara di kiri dan kanan papan nujum. Papan hitam ini bukan papan biasa sebaliknya merupakan sekeping papan hitam bersaiz lebih kurang sebesar meja menulis di bilikku ini. Ia kemudian dilukis dengan rajah-rajah nujum yang ku rujuk dari pustaka lama berbahasa Sanskrit. Pustaka-pustaka itu pula aku perolehi dari Idea-idea kasar itu terlukis di sebalik papan nujum ini....

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.... "Helo, Navin? Aku sedang sibuk ni. Maaf yea, aku terpaksa batalkan perjumpaan di mamak"... Talian tiba-tiba terputus sebaik saja aku bercakap... "toott... tooot... tooot...!" Navin merupakan sepupu sebelah ibu aku. Dia menghadapi sedikit masalah dan ingin bercakap mengenainya dengan aku. Serentak dengan itu, pintu rumah aku. "Itu pasti si Anil dah sampai!", getus hati kecilku.

Aku pun membuka pintu, "Masuklah Anil! Jom terus kita pergi lihat kajian-kajian aku itu."
Selepas terdiam berfikir-fikir sejenak sambil membelek nota-nota ku itu, Anil memecahkan kesunyian, "Aku rasa, aku faham apa yang cuba nak sampaikan. Namun, aku pun mempunyai beberapa persoalan. Kau rasa masyarakat akan menerima kajian kau ini?"

"Sesuatu itu salah kecuali jika dibuktikan benar. Hari ini kita akan melihat sejauh manakah kebenarannya?"

Sambil melabuhkan punggungnya di sofa, Anil bertanya lagi, "Kalau manusia boleh berkomunikasi dengan hantu, bahasa apa pula yang diperguna mereka?"

"Roh-roh itu melampaui batasan bahasa. Mereka cuma membenamkan tindakbalas masuk ke dalam minda kita. Mereka muncul kepada kita dengan bahasa yang kita reti sahaja", ulasku lanjut kepada Anil walaupun itu cuma satu teori yang dipetik dari pustaka saja.... "Situasi ini terpakai juga dalam persoalan-persoalan yang akan kita kemukakan kepada mereka. Aku akan berkomunikasi dengan mereka menggunakan bahasa Inggeris".

Lebih daripada itu, "Roh-roh cuma berhubung dengan manusia dengan niat untuk merasuk mereka. Mereka cuba untuk mencapai hasrat kempunan mereka itu menerusi manusia tersebut".

"Jadi hipotesis kau itu?" Anil mencelah penjelasanku itu...

"Menurut pemerhatian awal ku untuk kajian ini, roh yang baik tidak akan terperangkap dalam ruangan atmosfera bumi ini", begitu lancar sekali ku sampaikan hal itu kepada Anil.

"Kini, aku pasti bahawa penelitian kau itu bukan semata-mata pemerhatian. Namun, adakah orang ramai boleh menerima penyelidikan kau ini? Tidak kah kita mengambil risiko bila kita meneruskan kajian ini?", Anil musykil di situ...

"Aku ingin membuktikan bahawa pengkajian ini adalah benar! Aku ingin membuktikan kepada dunia bahawa roh itu wujud di sekeliling kita!", itulah tujuan pengkajian ku ini.

Bahagian III

Kami pun masuk ke rumah semula selepas berbincang di balkoni.... Aku duduk berdepan dengan Anil di meja dengan papan hitam dan lilin. Aku menutup mata lalu menenangkan diriku serta menumpukan perhatian.... Kemudian aku membuka mata perlahan-lahan dan memberi penerangan mengenai papan hitam untuk berhubung dengan roh....

"Di papan hitam ini, terdapat 26 angka yang setiap satunya mewakili huruf-huruf Rumi. Yang itu untuk bahasa yang difahami di seluruh dunia. Setiap lambang di papan ini menunjukkan arah berbeza-beza. Yang itu mewakili 'Yantra Kebenaran Tersembunyi'".

Anil mengangguk-angguk tanda faham.....

"Satu perkara lagi, aku akan berhubung dengan roh ini secara rohani. Piramid yang berlubang tengah ini akan membawa jari telunjukku ini untuk menunjukkan angka-angka tertentu. Aku akan menumpukan perhatian untuk memulakan proses ini sekarang. Roh yang diseru itu akan datang kepadaku".

"Jom mulakan!", Anil nampaknya sudah bersedia untuk melihat proses tersebut.

Bahagian IV

Aku pun mula duduk menenangkan diriku sambil tekun bersemadi menumpukan fikiranku terhadap tujuanku itu. Anil cuma mendiamkan dirinya menungguku dengan sabar... Suasana sunyi sepi, dan kami ditemani oleh nyalaan lilin yang menerangi bilikku yang gelap seperti terputus bekalan elektrik itu. Tiba-tiba pintu bilikku terbuka....!

Tumpuanku terganggu seketika dan aku ternampak sepupuku, Navin. Aku terasa bengang dengan kedatangan mengejutnya itu dengan nada terganggu memarahinya, "Navin, kan aku dah cakap tadi, jangan ke mari???!"

Anil bingkas hendak bangun. Kelihatannya seperti ingin berjabat tangan dengan sepupuku itu. Aku menegahnya, "Tak payah, Anil! Tutup saja pintu itu!" Muka Anil berkerut tanda kebingungan dan pelik melihat gelagatku.... Sambil merenung wajahku, sambil melihat ke pintu. Dengan senyap, dia pun bangun menuruti permintaaku itu.

Anil membuat senarai untuk kod rujukan bagi tujuan perhubungan dengan entiti paranormal itu. Dia membuat catitan atas sekeping kertas menurut panduan yang aku syorkan.......
1... A
2... B
3... C

Dan seterusnya...

Aku mula merasa kehadiran roh di sekitarku.. Persekitaran menjadi sedikit dingin sedangkan tadi terasa panas kerana bilikku itu bertutup semua tingkap dan pintunya. Aku bersedia dengan piramid di papan hitam tersebut.

Aku berbicara secara mental, "Welcome, shall we talk with you, Sir?"

Piramid itu di kedudukan Surya-Chandra (Neutral) mula bergerak membawa jari telunjukku ke nombor-nombor di papan itu.
25... 15... 21...

Anil mencoret terjemahan kod itu di kertas, "Y... E... S..." Terlopong-lopong Anil selepas melihat terjemahan kod itu. Mungkin terasa ragu-ragu sama ada aku benar-benar berbicara dengan roh atau sekadar mereka-reka saja. Aku membuka mata lantas tersenyum. Dia pun tersenyum kelat sambil gugup menelan air liur.

Aku mengemukakan soalan kedua kepada roh itu, "When did you die?"
6... 9... 22... 5...
9... 13.. 9... 14... 20... 5... 19...
2... 1... 3... 11...

Jawapannya, "F... I... V... E...

M... I... N... U... T... E... S...

B... A... C... K"

Aku membuka mata membaca jawapan roh yang dicoret oleh Anil itu... Aku belum berpuas hati dengan persoalan itu lalu ku tanya ia lagi, "What is your name?"

9... 1... 22... 9... 14...

Jawapannya, "N... A... V... I... N"

Serentak dengan itu aku terasa meremang di tengkuk dan di kepala... Aku bingkas bangun meninggalkan meja sedangkan Anil masih kebingungan tercangak-cangak di situ....

Maklumat Cereka
Sinopsis: Kāla Yendhiram boleh juga merujuk kepada mesin masa. Kāla mempunyai makna berlapis dalam bahasa Tamil-Sanskrit iaitu merujuk warna hitam dan Yama, dewa kematian. Yendhiram bererti papan serta mesin. Watak utama mencipta bahan ini dari papan hitam untuk mendedahkan kebenaran mengenai dunia hitam.

Pengarah Filem Sumber: Vijayaraghavan Venkatadri
Sumber Filem Pendek:  Kāla Yendhiram
Muatan Video: South Indian Shorts Youtube Channel
Tarikh: 18 Jul 2013.
Adaptasi ke Bahasa Melayu: Happy Buffalo
Tarikh: 30 Mei 2014
Jam: 2:58 a.m