Bunga Lagang Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Istilah "badan bukan kerajaan" telah wujud di dunia ini sejak dasawarsa yang lalu, namun kegiatan kebajikan yang tidak berasaskan keuntungan telah berada lebih lama daripada itu lagi. Pada awalnya, pertubuhan-pertubuhan ini kebanyakkan bersifat tempatan dan selalunya dimulakan oleh kelompok agama. Istilah "non-governmental organisation" muncul dalam Bab 10, Perkara 71 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Menurut Bank Dunia, terdapat dua jenis NGO iaitu yang bersifat operasi dan bersifat advokasi walaupun kebanyakannya turut bergerak dalam kedua-dua cara. NGO boleh bertumpu kepada pertolongan kecemasan, hak wanita, perkembangan ekonomi dan banyak lagi. Jadi, bagaimanakah cara melagang satu NGO? - Sila sertai kursus menjalankan NGO secara percuma di sini.

Berikut adalah cara melagang jalan bagi memulakan sesuatu NGO:

  1. Kita perlu mengenalpasti apakah bidang yang kita minati sebelum memulakan sesuatu NGO. Jika anda belum pernah bekerja atau menjalankan kerja sukarelawan sebelum ini maka anda perlulah menceburi diri dahulu sebelum memulakan NGO anda sendiri. Cari NGO yang memfokuskan kepada bidang yang anda minati. Bekerja dengan NGO yang kukuh akan membantu anda mendapatkan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang ini. Anda akan melihat sendiri cabaran dan pencapaian yang datang dalam kerja anda. Berada dalam bidang ini akan membantu anda untuk mengenalpasti ahli dan peserta dalam NGO anda.
  2. NGO bukan terdiri daripada satu atau dua orang sahaja. Terdapat keperluan untuk ramai kakitangan seperti majlis pengurusan, pentadbiran, pengumpul dana, pengurus projek, pendidik dan sebagainya. Anda pastinya mahu mencari orang yang benar-benar berminat, boleh diharapkan dan berkepakaran. Anda mungkin boleh berhubung dengan pasukan anda itu apabila anda bekerja dengan satu NGO atau menerusi proses merekrut pekerja secara tradisional. Perkara yang penting sekali adalah anda harus yakin dengan pilihan anda.
  3. Sebaik sahaja anda mendapat pengalaman dan mengetahui bidang yang anda ingin fokuskan, maka anda bolehlah menjelaskan visi dan matlamat anda. Apakah tujuan penubuhan NGO anda? Matlamat anda haruslah realistik dan berpijak di bumi yang nyata. Sebagai contoh matlamat yang mempunyai gambaran yang luas seperti, "akhiri semua peperangan" kedengaran mulia namun mustahil untuk dicapai oleh satu NGO. NGO anda akan memberikan impak perubahan yang sepatutnya jika anda mempunyai fokus yang mengkhusus dalam sesuatu bidang. Cuba pertimbangkan untuk mengambil kursus NGO secara percuma seperti, "Introduction to the Nonprofit Sector, Nonprofit Organisations, Nonprofit Leadership and Governance untuk memperkembangkan pemahaman anda mengenai konsep kepimpinan NGO dan pentadbirannya. Dengan majlis pengurusan and, anda akan menulis kenyataan visi anda, senarai matlamat anda dan bagaimanakah cara anda mencapainya. Fikirkan perkataan yang anda ingin pilih kerana ia akan diberikan kedudukan yang utama dalam laman sesawang anda dan bahan pengumpulan dana anda. Sesiapa yang berminat untuk menyokong atau bekerja dengan NGO anda akan mengetahui misi anda.
  4. NGO perlulah mematuhi keperluan perundangan yang tertentu mengikut negara operasinya. Mendaftar NGO boleh menjadikannya sebagai satu entiti yang sah. Kaji dahulu apakah badan yang mendaftar NGO di negara matlamat anda. Anda perlu mengumpulkan pelbagai dokumen bagi membuat permohonan dan memberikan butiran seperti nama NGO, tujuannya, dan siapakah ahli majlis mesyuaratnya. Ambil masa dalam menjalankan proses ini bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan betul. Proses ini boleh jadi membantu kerana ia akan memberikan maklumat mengenai perkara yang masih belum ada dalam struktur organisasi kita.
  5. Selepas mempunyai kenyataan visi, matlamat dan pendaftaran, anda haruslah meletakkan kerja asas dalam NGO tersebut. Jalankan penyelidikan bagi bidang yang anda minat itu. Kenalpasti cabaran, sejarah kebudayaan, dan sebagainya. Konteks ini penting bagi memastikan keberkesanan NGO anda. Dalam pada itu, berbincanglah juga dengan NGO lain. Lihat apakah cabaran yang mereka hadapi dan kemajuan yang mereka capai. Hubungan ini boleh juga menjadi satu perkongsian, membolehkan pertubuhan bekerjasama untuk menyemai lebih banyak kebaikan dalam masyarakat berbanding dengan bergerak bersendirian. Anda boleh membentuk pelan tindakan mengenai bagaimanakah anda memastikan operasi NGO anda efektif dengan kerja-kerja asas ini.
  6. Wang boleh jadi rumit, jadi terdapat keperluan untuk kita mengumpulkan satu pasukan yang tahu mengenai bidang masing-masing. Berapa banyakkah dana yang anda anda dan bagaimanakah anda gunakan wang tersebut atau pecahkan organisasi anda kepada beberapa bahagian. Anda juga perlu mencari di manakah sumber dana untuk membiayai NGO anda. NGO mempunyai banyak pilihan dari segi dana contohnya pinjaman, geran, sumbangan peribadi dan yuran keahlian. Selain itu juga, anda boleh mendapatkan dana dari kerajaan. Bincang pilihan kewangan dengan pasukan anda. Apabila anda memulakan proses mengumpul dana, hubungi juga jaringan anda. Sentiasa nilai pesanan anda, jadi anda akan menjadi lebih baik dalam membuat permohonan dana anda pada masa hadapan.
  7. Langkah terakhir sekali dalam mendirikan NGO anda adalah memulakan projek anda. Anda pastinya ingin memulakan sesuatu yang kecil dahulu dan mempunyai matlamat yang boleh dicapai. Berikan peranan yang jelas kepada setiap orang, tentukan dana bagi projek tersebut, dan tetapkan sistem pemantauan serta penilaian untuk projek itu. Hal ini akan membolehkan anda menilai apa yang boleh digunakan dan apakah yang tidak boleh digunakan semasa projek itu serta untuk seterusnya, anda akan mampu untuk membuat penilaian keputusan akhir projek tersebut.
Mana-mana NGO sekalipu  haruslah berharap agar ia pupus pada suatu tahap nanti. Hal ini bermaksud, NGO itu telah mencapai matlamatnya. Isu juga diselesaikan. Jika wujud cabaran dalam menyelesaikan isu, maka hal itu akan memastikan kelangsungan sesuatu NGO. Apabila memulakan sesuatu NGO, sentiasa pertimbangkan jangka panjang dengan membina jaringan serta perhubungan yang kukuh dengan pelbagai organisasi. Ambil masa untuk menetapkan dasar yang kuat bagi membolehkan pertubuhan anda bertahan lama selama bertahun-tahun. Sekiranya anda teliti dalam pertimbangan dan langkah anda, maka NGO anda pasti akan mencapai kejayaan.

Sumber: