1. Cipta nama untuk syarikat penerbitan anda. Sebaik sahaja anda mendapat nama yang menarik untuk syarikat anda. Cuba rekacipta logo sendiri, mewakili syarikat anda dan semua bahan pemasaran seperti kad perniagaan, alat tulis, e-surat dan laman sesawang.
2. Rangka perancangan perniagaan serta falsafah syarikat anda sendiri. Langkah ini kritikal untuk menyoroti cara memulakan syarikat penerbitan. Kebanyakan syarikat penerbitan mengkhusus dalam jenis buku tertentu. Misalnya, buku kerohanian, perkembangan diri, buku cerita kanak-kanak, novel romantis, mengenai UFO, buku fiksyen dan buku-buku sains. Pengkhususan dalam pemasaran itu penting sebelum memulakan syarikat penerbitan.
3. Periksa syarat-syarat keperluan dan undang-undang tempatan. Contohnya, syarat-syarat untuk membuka perniagaan di tempat anda termasuklah perlesenan dan cukai yang dikenakan ke atas perniagaan kecil.
4. Cari syarikat pencetak yang berpengalaman. Untuk mencetak buku-buku yang diterbitkan, cuba cari syarikat percetakan yang berpengalaman luas serta boleh mengikat buku dengan peruntukan yang munasabah.
5. Cari manuskrip yang berbaloi untuk diterbitkan. Cuba cari menerusi agen-agen kesusasteraan dan penyerahan yang terbuka.
6. Cari pereka grafik yang berbakat. Pereka grafik boleh menyediakan buku untuk percetakan menggunakan perisian seperti Quarkxpress, Adobe Framemaker atau Adobe InDesign.
7. Cari penyunting yang bagus. Penyunting berperanan untuk membaca, menyemak dengan teliti manuskrip yang dihantar sebelum dicetak dan diterbitkan. Kesilapan ejaan dan penulisan yang buruk menunjukkan ciri-ciri amatur. Semua bahan mesti disemak dan diperbetul sebelum diterbitkan.
8. Hakcipta dan Harta Intelek. Baca mengenai undang-undang hakcipta dan harta intelek di negara anda. Contohnya untuk Malaysia, cuba rujuk Akta Hakcipta 1987 dan Perbadanan Harta Intelek bagi hakcipta manuskrip asal.
9. Permohonan International Book Standard Numbers (ISBN). Buat permohonan dari agensi ISBN United States atau luar negara. Sebaik sahaja buku diberikan ISBN, tajuk buku dengan ISBN maka ia mesti didaftarkan di www.bowkerlink.com.
10. Berdaftar dengan syarikat pengedar buku terkenal. Syarikat penhedar buku bekerjasama dengan penerbit-penerbit buku di pasaran, meletakkan buku di kedai buku dan perpustakaan. Hari ini, terdapat pelbagai pilihan syarikat untuk pengedaran buku termasuk juga penerbit atas talian seperti Kindle atau Nook dan cetakan atas permintaan sahaja.
11. Pasarkan buku menerusi pelbagai bentuk perantara publisiti. Antara perantara pemasaran adalah seperti e-surat, laman sesawang, review buku, radio dan televisyen. Senaraikan juga penulis sebagai satu usaha promosi. Jangan memandang rendah kuasa kempen pemasaran atas talian seperti e-surat, Facebook, Twitter dan Instagram dalam usaha mempromosikan karya yang diterbitkan.