Definisi Peruncitan dan Membeli-Belah

Peruncit membeli produk dalam kuantiti besar (pukal) terus dari pembuat atau menerusi jualan lambak, selepas itu menjualnya sedikit demi sedikit kepada pengguna dengan membuat untung. Peruncitan boleh diperbuat sama ada di lokasi tetap seperti gedung atau pasar-pasar, pintu ke pintu, atau menerusi penghantaran pesanan pelanggan. Pada tahun 2000, banyak peruncit menggunakan laman-laman sesawang, e-pembayaran, dan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atau menerusi perhidmatan lain.

Peruncitan pun termasuklah juga perkhidmatan-perkhidmatan rantingan seperti penghantaran. Istilah "peruncit" juga terpakai untuk penyedia perkhidmatan yang memerlukan ramai orang seperti orang awam. Kedai-kedai boleh jadi terletak di jalan-jalan kediaman yang mempunyai sedikit rumah atau tiada rumah langsung atau dalam pusat membeli-belah. Lorong-lorong membeli-belah cuma sesuai untuk pejalan kaki saja. Kadang-kala, lorong membeli-belah mempunyai bumbung separa atau penuh untuk melindungi pelanggan daripada hujan dan panas. Peruncitan atas talian, sejenis e-dagang diperguna untuk pemindahan wang (B2C) business-to-consumer dan pesanan e-surat, sejenis peruncitan tanpa kedai.

Membeli-belah umumnya merujuk kepada tindakan membeli produk. Kadang-kala, ia dijalankan untuk mendapatkan keperluan seperti makanan dan baju. Kadang-kala sebagai kegiatan riadah. Membeli-belah untuk riadah melibatkan melihat-lihat barang saja. Boleh jadi juga membelek-belek barangan di katalog, tetapi tidak semestinya membeli barangan.