Definisikan Tujuan dan Pembaca

Langkah pertama dalam penulisan akademik adalah mendifinisikan dengan jelas tujuan penulisan serta khalayak pembacanya.

Kebanyakan penulisan akademik di universiti dimulakan oleh dan ditulis untuk seorang tutor akademik atau penilai. Ia haruslah mempunyai kriteria yang jelas bagi membolehkan tutor akademik atau penilai memberikan markah kepada hasil kerja kita.

Kita perlu melaburkan sedikit masa menafsirkan soalan kita dan membuat keputusan mengenai bagaimana cara kita menyelesaikan tugasan kita. Jika kita menulis untuk diri sendiri sebagai contoh membuat nota untuk merekod atau melihat logik mengenai sesuatu perkara maka kita boleh menyediakan kriteria sendiri seperti kejelasan, ringkas dan berkaitan dengan perkara yang dipelajari. Rujuk di bahagian membuat nota untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai nota.

Sebaik sahaja kita mendapat idea yang jelas mengenai keperluan tugasan kita, maka kita boleh merancang kajian dan mengumpulkan bukti. Lihat bahagian merancang tugasan bagi mendapatkan nasihat mengenai pecahan langkah yang terdapat dalam proses ini.