Jenis-Jenis Peruncitan

Etimologi

Perkataan retail ini datang dari bahasa Perancis lama, tailler, bermaksud, "memotong, mengetip, memutuskan dan membahagikan" dalam bidang jahitan (1365). Ia mula-mula direkod sebagai kata nama dengan pengertian "jualan dalam kuantiti kecil" pada 1433. Seperti bahasa Perancis, perkataan retail dalam bahasa Belanda dan bahasa Jerman turut merujuk kepada bahan-bahan kecil yang dijual dalam kuantiti kecil.

Jenis Saluran Peruncitan

Tempat memasarkan barangan merupakan tempat dan barangan ditukar. Padang pasar tradisional di padang kota menjadi tempat pedagang membuka gerai dan pembeli melihat-lihat di gedung-gedung. Jenis pasar begini sebenarnya sudah sangat tua, dan masih wujud lagi di seluruh dunia.

Di setengah bahagian dunia, perniagaan runcit ini masih lagi didominasi oleh gedung-gedung kecil yang dipunyai oleh keluarga. Kini, pasar begini pun sudah banyak beralih arah kepada rangkaian peruncitan besar. Kebanyakan jenis gedung begini disebut sebagai gedung-gedung lorong tinggi. Gedung-gedung lorong tinggi begini pun kemudian dikumpul bersama di satu lokasi yang disebut sebagai pusat membeli-belah. 

Ruang-ruang di situ lebih tertakrif lagi dan lebih terancang untuk gedung-gedung runcit serta jenama-jenama barangan.

Jenis-Jenis Produk

Runcit selalunya dikenalpasti menerusi jenis-jenis produk seperti berikut:
  • Produk makanan, umumnya memerlukan kemudahan penyimpanan sejuk-beku.
  • Barangan keras atau bahan tahan lasak (peruncitan garis keras) seperti automobil, perkakasan, barangan elektronik, perabot, barangan sukan, barangan buatan kayu, serta bahagian-bahagiannya. Jenis bahan begini tidak mudah rosak dan tahan lama.
  • Barangan lembut dan kegunaan pengguna seperti baju, jenis fabrik, kasut, sarung kaki, kosmetik, ubatan dan alat tulis. Barangan begini diguna selepas sekali guna dan ada tempoh lupus (biasanya tahan tiga tahun).
  • Hasil kesenian seperti galeri seni kontemporari iaitu kedai-kedai buku, kraftangan, alatan muzik, kedai hadiah dan pembekal bahan-bahan seni.