Satu definisi melihat bahawa bahasa pada asasnya adalah fakulti mental yang membolehkan manusia mengambil tabiat linguistik iaitu:
- Mempelajari bahasa;
- Menghasilkan pengucapan; dan
- Memahami pengucapan.
Bahasa juga boleh berkembang secara spontan dalam persekitaran di mana manusia tinggal atau berkembang bersama tanpa sebarang bahasa penghubung yang serupa. Contoh ini boleh dilihat dalam kemunculan bahasa creole dan bahasa isyarat yang muncul secara spontan seperti bahasa isyarat Nicaragua.
Pandangan ini boleh dijejaki sehingga kepada ahli falsafah seperti Kant dan Descartes yang memahami bahawa bahasa itu umumya adalah semulajadi. Pandangan ini disokong oleh Teori Tatabahasa Sejagat yang dipelopori oleh Chomsky dan Teori Semulajadi Melampau oleh Jerry Fodor, seorang ahli falsafah dari Amerika Syarikat. Definisi sebegini selalunya terpakai dalam pengajian bahasa dalam kerangka sains kognitif dan neurolinguistik.