Gambaran Keseluruhan tentang Bahasa

Bahasa adalah satu sistem komunikasi berstruktur yang mengandungi perbendaraan kata dan tatabahasa. Pada asasnya, bahasa adalah satu cara untuk manusia menyampaikan maksud dalam bentuk pertuturan dan percakapan serta boleh juga disampaikan melalui bahasa isyarat.

Bahasa manusia ini dicirikan oleh kepelbagaian kebudayaan dan sejarahnya, dengan kepelbagaiannya itu dilihat pada budaya dan rintangan masa. Bahasa manusia mempunyai ciri produktiviti dan sesaran, yang membolehkannya:

  • Mencetuskan ayat yang tidak terkira jumlahnya; dan 
  • Merujuk kepada bahan, kejadian dan buah fikiran yang tidak semestinya wujud semasa perbincangan.
Penggunaan bahasa manusia itu bergantung kepada persetujuan sosial dan diperolehi menerusi pembelajaran. Dianggarkan bahawa jumlah bahasa yang digunakan manusia di dunia ini adalah antara 5,000 sehingga ke 7,000 bahasa. Anggaran yang tepat pula bergantung kepada perbezaan tertumpu (dikotomi) yang diwujudkan antara bahasa serta dialek. Bahasa semulajadi boleh merujuk kepada bahasa yang dituturkan, berisyarat atau kedua-duanya sekali. Walau bagaimanapun, sebarang bahasa boleh saja dikodkan ke dalam media sekunder menggunakan alat bantuan pendengaran, penglihatan atau tactile stimuli, iaitu deria sentuhan contohnya seperti penulisan, isyarat atau braille. Dalam lain perkataannya, bahasa manusia ini bebas modaliti, namun bahasa bertulis atau berisyarat merupakan cara untuk mencatitkan atau mengekodkan percakapan semulajadi manusia atau gerak isyarat.

Bergantung kepada perspektif falsafah berkaitan dengan definisi bahasa dan maknanya, apabila ia digunakan sebagai konsep umum, maka "bahasa" boleh merujuk kepada kemampuan kognitif untuk belajar dan menggunakan sistem komunikasi yang rumit, atau menggambarkan set peraturan yang membentuk sistem ini, atau set pengucapan yang boleh dihasilkan dari peraturan ini. Semua bahasa bergantung kepada proses semiosis untuk mengaitkan isyarat kepada maksud yang khusus. Bahasa lisan, manual dan tactile mengandungi sistem fonologi yang mengaturkan kaedah sesuatu simbol digunakan bagi membentuk turutan yang dikenali sebagai morfem, dan sistem sintaktik yang menjelaskan mengenai cara perkataan dan morfem itu digabungkan bagi membentuk frasa serta pengucapan.

Pengajian bahasa secara saintifik disebut sebagai linguistik. Linguistik ini memeriksa bahasa dengan lebih kritikal lagi iaitu menerusi falsafah bahasa, hubungan bahasa dengan pemikiran, bagaimanakah perkataan mewakili pengalaman dan lain-lain. Linguistik ini dibahaskan sekurang-kurangnya sejak zaman Gorgias dan Plato dari tamadun Yunani. Pemikir seperti Jean-Jacques Rousseau (1712-1778) membahaskan bahawa bahasa itu muncul dari emosi. Manakala, Immanuel Kant (1724-1804) pula menghujahkan bahawa bahasa itu berasal dari pemikiran logik dan rasional. Ahli falsafah seperti Ludwig Wittgenstein (1889-1951) membahaskan bahawa falsafah itu sebenar-benarnya adalah pengajian bahasa. Tokoh utama dalam bidang linguistik kontemporari pada masa itu termasuklah Ferdinand de Saussure dan Noam Choamsky.

Bahasa difikirkan mencakah perlahan-lahan dari sistem komunikasi primat yang lebih awal apabila hominin awal memperolehi kemampuan untuk membentuk teori minda dan berkongsi matlamat yang sama. Perkembangan ini kadang-kala dilihat berkaitan dengan peningkatan tahap aktiviti otak dan banyak ahli linguistik melihat struktur sesuatu bahasa itu berkembang bagi menjadi wahana komunikasi khusus dan fungsi sosial.

Bahasa diproses di banyak bahagian dalam otak manusia, namun utamanya sekali ia diproses di bahagian Broka dan Wemicke. Manusia memperolehi bahasa melalui interaksi sosial semasa kecilnya, dan kanak-kanak umumnya bercakap dengan fasih apabila ia mencapai usia kira-kira tiga tahun. Bahasa dan budaya itu saling bergantungan. Oleh itu, sebagai tambahan kepada penggunannya sebagai cara berhubung, bahasa juga mempunyai kegunaan sosial yang menggambarkan identiti, kedudukan sosial, pengantunan sosial  dan bentuk hiburan sesuatu kelompok masyarakat atau komuniti.

Bahasa berkembang dan mencapai kepelbagaian selaras dengan peredaran zaman dan sejarah evolusi bahasa itu boleh dibina semula dengan membuat perbandingan antara bahasa moden bagi melihat ciri mana yang dipunyai oleh bahasa nenek moyang mereka dalam usaha meneliti tahap perkembangan bahasa itu melalui zaman.

Sekumpulan bahasa itu turun dari nenek moyang yang sama lalu ia dikenali sebagai language family, bahasa serumpun. Sebaliknya, sesuatu bahasa yang tidak menunjukkan sebarang perhubungan dengan bahasa lain sama ada bahasa yang hidup atau yang telah mati maka ia dikenali sebagai language isolate atau bahasa terasing. Selain itu, terdapat juga bahasa yang tidak dapat dikenalpasti disebut sebagai unclassified languages yang mana hubungan antara bahasa lain dengannya tidak dapat dikenalpasti dan bahasa palsu atau spurious languages yang mungkin tidak pernah wujud pun. Persetujuan akademik umum (konsensus) berpandangan bahawa antara 50% dan 90% bahasa yang dituturkan pada awal abad ke-21 masihi berkemungkinan pupus menjelang tahun 2100.