Generasi-Y dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Aku boleh dikatakan adalah salah seorang daripada kelompok yang dikategorikan sebagai generasi-Y atau golongan Millenial yang lahir sekitar tahun 1981 sehingga tahun 1996. Generasi kami ini adalah anak-anak kepada kelompok Baby Boomer dan generasi-X yang lebih tua.

Sebegai generasi yang membesar dengan pengenalan internet, kami sering digambarkan sebagai generasi global terawal dalam dunia moden. Kami hidup dalam zaman di mana internet, peranti bergerak, dan media sosial diperkenalkan. Istilah "warga digital" sebenarnya dicetuskan untuk merujuk kepada generasi-Y sebelum ia digunakan bagi merujuk kepada generasi yang seterusnya. Dalam erti kata lainnya, kami merupakan generasi dunia maya yang awal dan pengalaman aku sendiri adalah mengikut kronologi berikut:

  • Tahun 2000 - 2003: Ketika ini turut dikenali sebagai Y2K yang mana kami diperkenal kepada sistem komunikasi yang menghubungkan kami dengan dunia global menerusi perbualan maya di internet. Pada ketika ini, aku sudah pun mengenali perisian seperti ICQ dan mIRC melalui kakak sulung aku yang ketika itu sudah pun mula bekerja. Pada masa ini juga, kami mula mengenai enjin carian Yahoo, emel Hotmail dan ensiklopedia Britannica.
  • Tahun 2003 - 2006: Tempoh empat tahun ini merupakan tempoh di mana kami mengenali telefon bimbit bersaiz kecil. Aku menggunakan telefon bimbit berjenama Nokia 3110 sehingga tahun 2013. Pada tahun 2007, dunia mula mengenali telefon Blackberry yang boleh menghantar imej atau mesej menggunakan Bluetooth dan peranti ini digemari oleh remaja pada ketika itu. Pada tahun 2006 juga, aku baru belajar menggunakan laptop atau komputer riba.
  • Tahun 2006 - 2010: Pada masa itu, aku mengenali enjin carian Google. Aku membuka emel Gmail yang pertama pada tahun 2013 dan aku menggunakannya sehingga kini. Google turut menyediakan platform Blogger yang aku buka pada tahun 2006 untuk memenuhi keperluan subjek bahasa Inggeris tambahan di universiti. Aku turut menyertai platform forum perbincangan maya yang terdiri daripada platform Forum Ruam Thai Malaysia, AsiaFinest, dan Cari pada tahun 2008. Aku tidak berasa kesunyian mungkin kerana keasyikan aku dalam interaksi secara maya dengan orang ramai melalui platform forum di internet. Selain itu, terdapat juga platform blog seperti Wordpress dan arkib maya yang digelar sebagai Youtube. Pada ketika itu, Youtube masih berada di peringkat permulaan dan vloggernya pun tidak seramai seperti sekarang.
  • Tahun 2010 - 2014: Tempoh lima tahun ini merupakan tempoh di mana aku mengenali laman media sosial seperti Friendster, Instagram dan Facebook. Halaman Facebook aku pertama kalinya dibuka pada tahun 2010 dan dinyahaktif pada tahun 2014 iaitu semasa aku menganggur selama setahun. Pada tahun 2014, ibu aku menghadiahkan aku sebuah android atau telefon pintar jadi aku menggunakan telefon itu untuk berhubung dengan dunia luar melalui akaun Instagram. Instagram ini lebih kepada kita memuat naik gambar dan seterusnya memasukkan caption pendek. Pada tahun ini aku menggunakan bahasa Thai sebagai medium komunikasi aku di media sosial supaya kenalan aku tidak dapat mencari aku.         

Generasi-Y juga dikenali sebagai generasi yang paling malang sekali kerana rata-rata generasi kami ini mengalami kesan buruk akibat kelembapan ekonomi dunia. Situasi umum di Amerika Syarikat (AS) sahaja menunjukkan bahawa generasi-Y mengalami tekanan berbanding generasi lain dalam sejarah dunia akibat beban pinjaman pendidikan dan kos penjagaan anak bagi mereka yang berkahwin sebaik sahaja tamat pengajian. Situasi yang sama sebenarnya berlaku juga di negara aku, Malaysia.