Suruhanjaya di Malaysia ini terbahagi kepada dua iaitu Suruhanjaya Tetap dan Suruhanjaya Sementara. Senarai Suruhanjaya akan dibahagikan kepada dua juga bagi memudahkan rujukan kita.
A. Suruhanjaya Tetap
Dalam blog Pengajian Malaysia yang menjadi rujukan aku itu, penulis hanya menyenaraikan enam (6) sahaja Suruhanjaya yang berstatus tetap di Malaysia. Tetapi sebenarnya, aku dapati terdapat beratus-ratus lagi Suruhanjaya yang bertebaran di seluruh Malaysia.
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
- Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP)
- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)
- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang (SPKU)
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
- Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
- Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ECM)
- Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
Suruhanjaya Khas ini diwujudkan secara sementara atau ad hoc untuk membincangkan dan mengkaji masalah yang timbul serta mencari jalan penyelesaian atas masalah tersebut. Ahli Suruhanjaya terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli yang lain.
Antara Suruhanjaya Khas yang pernah diwujudkan ialah seperti berikut:
- Suruhanjaya Gaji Aziz
- Suruhanjaya Gaji Harun
- Suruhanjaya Diraja tentang Gaji dan Syarat Perkhidmatan bagi Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Perbadanan pada tahun 1973
- Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia atas syor Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2004 atas syor Perdana Menteri Malaysia
- Suruhanjaya Diraja bagi Menyiasat Kes Penyeludupan Manusia di Wang Kelian, Padang Besar, Perlis pada tahun 2015