Kaedah Transposisi

Kaedah transposisi ini adalah kaedah yang mengubah kedudukan frasa atau klausa dan golongan kata dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud maklumat.
  • Kaedah transposisi golongan kata iaitu menggantikan kelas sesuatu kata atau elemen dan bahasa sumber dengan kelas kata lain atau elemen lain dalam bahasa sasaran yang mempunyai maksud yang sama tetapi tidak mengubah mesej teks bahasa sumber secara keseluruhan.
  • Kaedah transposisi dari segi struktur iaitu menukar struktur tatabahasa bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud teks asal. Contohnya, after he comes back - selepas kepulangannya.