Kebosanan sebagai Peluang

Anda rasa gelisah dan resah? Tertanya-tanya apakah perkara yang seronok untuk dilakukan apabila anda terasa bosan? Vanessa Van Edwards dalam rencananya berjudul, "Things to do when you're bored" (2024) menyatakan bahawa beliau boleh membantu anda mengenalpasti peluang dari kebosanan.

Menurut Van Edwards, kaji selidik seramai 2,000 orang warganegara Amerika Syarikat menunjukkan bahawa orang dewasa secara puratanya menghabiskan satu pertiga daripada setahun kehidupannya dalam kebosanan.

Jika anda seperti kebanyakan manusia yang biasa, anda pasti akan menekan televisyen dan menonton banyak pertunjukan TV pada ketika itu. Namun ... Kebosanan boleh juga menjadi peluang yang anda manfaatkan untuk belajar dan memperkembang daya kreatif anda.

Van Edwards memaklumkan bahawa terdapat banyak cara yang unik dan produktif untuk kita gunakan bagi menghilangkan kebosanan. Namun, sebelum itu marilah kita lihat apakah penyebab utama yang menyebabkan kita kebosanan serta sains yang berada di sebalik kebosanan ini? 

Rencana dalam bahasa Inggeris boleh juga dirujuk di sini bagi sesiapa yang berminat untuk membacanya dalam bahasa asal.