Kelayakan untuk Pengajian Bahasa



Bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian dalam bidang bahasa, anda perlu mengetahui apakah kelayakan yang anda perlu perolehi.

A. Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Bahasa

  • Lulus Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya dua (2) prinsipal;
  • Lulus dalam dua (2) subjek dalam peperiksaan A-Level;
  • Lulus dalam Program Asasi bagi mereka yang belajar di Matrikulasi;
  • Lulus Australian Tertiary Admission Rank (ATAR) 70% bagi mereka yang menduduki Program Matrikulasi Australia; dan
  • Lulus sebanyak lima (5) subjek dengan sekurang-kurang gred B dalam Sijil Peperiksaan Bersekutu (UEC) bagi pelajar dari Sekolah Tinggi Bebas Cina di Malaysia.
B. Ijazah Sarjana dalam Pengajian Bahasa

  • Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang yang berkaitan.
C. PhD dalam Pengajian Bahasa

  • Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian kelas pertama dalam bidang yang berkaitan;
  • Menyempurnakan Ijazah Sarjana Pendidikan atau dalam bidang yang berkaitan; dan
  • Lulus Sijil Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing (TOEFL) dengan skor sebanyak 600 atau Sijil Sistem Ujian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS) dengan band 6.

Penting juga untuk anda perhatikan bahawa jika anda memilih untuk belajar dalam Diploma Pengajian Bahasa dan meneruskan ijazah anda dalam institusi yang sama, maka anda akan berkemungkinan mendapat pengurangan masa belajar sebanyak satu (1) tahun. Hal ini bermaksud anda akan masuk ke program ijazah sarjana muda pada tahun kedua anda berada dalam program diploma.

Selain itu, anda juga tidak perlu menyambung pengajian sehinga ke peringkat pascasiswazah. Namun, menyambung pengajian ke peringkat pascasiswazah boleh membantu anda memajukan kerjaya anda atau membuka lebih banyak akses anda kepada peluang pekerjaan. Anda boleh terus bekerja sebaik sahaja anda menamatkan program pengajian ijazah sarjana muda anda.

Sumber Carta Aliran yang dikongsikan dalam halaman ini diperolehi dari laman web After School: Higher Education Advisor yang diakses pada tarikh 8 April 2024 (Isnin). Kredit untuk carta aliran tersebut adalah kepada laman webnya yang asal.