Kemahiran untuk Pengajian Bahasa

Aku tidak pasti kemahiran ini diperlukan semasa anda memohon pengajian bahasa atau ia adalah kemahiran yang anda akan perolehi selepas anda menyertai program pengajian bahasa di institusi pengajian tinggi. Namun, secara kasarnya, kemahiran yang diperlukan untuk mereka yang berminat dengan pengajian bahasa adalah seperti berikut:

  • Serba boleh - Anda mungkin perlu belajar lebih daripada daripada satu bahasa pada satu-satu masa serta bergantung kepada apakah pilihan anda untuk kerjaya anda pada masa hadapan. Anda mungkin perlu meninggalkan negara asal anda juga untuk melanjutkan pengajian anda dalam bahasa yang tertentu. Dalam hal ini, anda perlu mempunyai kemampuan untuk menyesuaikan diri dalam masa yang pantas;
  • Berpengetahuan - Perkara yang anda pelajari nanti akan merangkumi sejarah bahasa dan cara bahasa itu berkembang dari semasa ke semasa. Oleh kerana butiran yang diberikan adalah terperinci maka anda perlu menyerap semua pelajaran dan kuliah yang diterima seperti span.
  • Komunikasi Baik - Adakah anda mengetahui lebih daripada satu bahasa? Mungkin anda boleh berbahasa lebih daripada satu bahasa. Anda perlu mempunyai kemampuan untuk berkomunikasi dengan orang ramai yang tidak memahami bahasa pertuturan harian anda langsung. Dalam pada anda meneruskan pengajian anda di peringkat tinggi, anda perlu mempunyai kemampuan untuk melatih orang lain serta membantu mereka menyerap maklumat sama seperti yang anda telah lakukan.   
Apakah lagi kemahiran yang anda rasa perlu dalam menambah kualiti anda sebagai salah seorang graduan pengajian bahasa? Tambahan pula pada masa kini, terdapat banyak teknologi baru yang muncul hasil dari adaptasi manusia dengan persekitaran yang semakin mencabar.