Kingdom Hospital


 
Kingdom Hospital atau Kingdom Hospital Stephen King, merupakan siri televisyen yang pernah ditayangkan di Malaysia. Aku tidak ingat tahun bila tetapi aku pasti ia ditayang sebelum 2007 di stesen TV Malaysia. Aku menyukai tema hospital dan gelap ini disebabkan hospital turut mempunyai kaitan dengan kehidupan aku. Aku sering menemani arwah bapa aku di hospital ketika beliau dimasukkan ke wad jika ibu aku pulang ke rumah untuk urusan penting.

Ia mempunyai 13 siri dan diperkembang berdasarkan siri tv Denmark, The Kingdom (Riget) oleh Lars von Trier. Ia diperkembang oleh penulis seram, Stephen King pada 2004 untuk stesen TV Amerika. Walaupun ia cuma dilihat sebagai siri mini, namun ia kemudian berubah menjadi siri televisyen biasa yang bertahan selama semusim. Permulaannya, ia ditayangkan di stesen kabel ABC pada 15 Jul 2004, selepas tertangguh untuk memberi ruang kepada perlawanan NBA.

Kingdom Hospital turut dibandingkan dengan All Souls iaitu drama paranormal lain di hospital.
 
Plot Cerita
 
Cerita fiksyen ini adalah berkenaan dengan Kingdom Hospital yang terletak di Lewiston, Maine. Ia dibina di atas tapak sebuah kilang yang menghasilkan pakaian seragam tentera semasa zaman perang saudara di Amerika. Sebelumnya, hospital itu dikenali sebagai "Old Kingdom" yang dibina di atas tapak tersebut namun ia telah terbakar. Hospital baru dibina dan dikenali sebagai "New Kingdom". Ciri hospital itu yang sering "bergolak" nampaknya digambarkan oleh lambangnya yang berbentuk pisau berhias berwarna merah, menjangkakan apa yang akan berlaku.
 
Seorang psikik bernama Pn. Druse telah dimasukkan berkali-kali ke hospital itu. Beliau dianggap oleh kakitangan hospital sebagai seorang hypochondriac, terlalu risau akan kesihatan sendiri. Beliau meminta bantuan Dr. Hook, seorang doktor yang sinis namun berbelas kasihan bagi mencari kebenaran berkenaan hospital itu dan roh misteri yang menghantuinya termasuklah seorang kanak-kanak perempuan yang terbunuh dalam kebakaran di tapak lama, roh seorang remaja lelaki nakal dan Antubis, haiwan pelik yang sering mengikuti roh kanak-kanak perempuan itu. Rupa Antubis itu seperti seekor tenggiling.
 
Selain itu, Peter Rickman, seorang pelukis telah dimasukkan ke hospital kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Beliau cedera teruk di tengkorak dan tulang belakang. Semasa dimasukkan ke situ, beliau berada dalam keadaan koma dan ditempatkan di bilik no. 426. Selepas beliau sedar, beliau tidak dapat bergerak dan hanya terlantar di katil.
 
Plot kecil lain termasuklah kenaikan seorang ketua pembedahan bernama Dr. Stegman ke dalam masyarakat gelap yang dikenali sebagai the 'Keepers'. Beliau turut digoda oleh Dr. Elmer Traff dan tidur dengan Dr. Lona Massingale.
 
Rujukan
  •  Kingdom Hospital, BBC Archive (Online)