Laporan Aktiviti untuk Pengurusan Acara

Aktiviti pemasaran melibatkan hierarki. Pengurusan tinggi membuat keputusan penting dan menetapkan matlamat serta objektif yang akan direalisasikan dengan kaedah pemasaran yang efektif. Pekerja lapisan kedua pula adalah pengurus yang umumnya bertanggungjawab untuk menyemak perancangan dan strategi sebelum membahagikannya kepada kakitangan bawahan.

Kakitangan bawahan ini pula adalah pekerja di lapangan yang berhubungan terus dengan pengguna jenama atau produk sasaran. Jurujual mempunyai peranan khusus dalam kalangan profesional pemasaran di lapangan di mana mereka menghubungkan sela antara pengguna dan jenama. Merekalah yang mengetuk pintu rumah pengguna, bercakap dengan pengguna mengenai produk, menceritakan mengenai ciri-ciri produk kepada pelanggan, bertanyakan soalan yang berkaitan dan dalam masa yang sama menjawab persoalan pengguna serta keraguan mereka serta membuat demonstrasi jika perlu dan mengumpulkan maklum balas dari pengguna yang menjadi pengguna produk.

Rujukan lanjut mengenai tajuk di atas boleh didapati di, "Apakah Laporan Aktiviti? Peranan Laporan Aktiviti dalam Pengurusan" oleh Hitesh Bhasin dari halaman Marketing 91.