Masalah dengan Bidadari

Tajuk ini merupakan rujukan untuk filem tahun 1966 berjudul "The Trouble with Angels". Ia mengisahkan mengenai dua orang gadis di sekolah convent Katolik yang diuruskan oleh sekumpulan rahib. Filem ini diarahkan oleh Ida Lupino. Ia dibintangi oleh pelakon utama seperti:
  • Hayley Mills.
  • Rosalind Russell.
  • June Harding.
  • Marge Redmond. 
  • Mary Wickes.
  • Portia Nelson.
Plot Cerita

Filem ini berlatarkan Akademi St. Francis, sebuah sekolah berasrama untuk gadis Katolik di Pennsylvania. Ia diuruskan oleh rahib-rahib. Russel memainkan watak Mother Superior, yang sering bertembung dengan Mary Clancy (Hayley Mills), seorang gadis remaja yang suka memberontak yang sering bersama dengan rakan karibnya, Rachel Devery (June Harding). Jalan cerita berepisod dalam filem ini diikuti oleh cerita gadis ini di sekolah menengah tinggi dari peringkat menengah rendah ke peringkat menengah tinggi. Selepas beberapa lama memberontak terhadap Mother Superior, Mary menerima perlantikan menjadi rahib pada tahun akhirnya dan terus kekal dalam sekolah itu menjadi guru.

Latarbelakang

Filem ini disadur dari novel berjudul, "Life with Mother Superior" oleh Jane Trahey. Trahey sebenarnya menceritakan pengalaman hidupnya di sekolah Katolik di Chicago pada 1930-an. Trahey mengubah cerita hidupnya dengan mengaitkan kehidupan sekolah menengahnya di Providence-St. Mel's High School dengan kehidupan kolejnya di Mundelein College, Illanois, Chicago. Dia tidak bersekolah di sekolah berasrama pun. Watak utama, Mary Clancy itu sebenarnya merujuk kawan baik Trahey, Sister John Eudes, yang menjadi rahib Dominican Sinsinawa. Filem ini menelan belanja USD 2 juta.