Media dan Penterjemahan

Penterjemahan media ini merujuk kepada penterjemahan kandungan media sesuatu syarikat contohnya seperti bahan berita dan video promosi supaya syarikat tersebut boleh berhubung dengan audiens di serata tempat.

Perkhidmatan penterjemahan media melibatkan perubahan bahan dalam audio, video atau kandungan teks dari satu bahasa ke satu bahasa dan selalunya digunakan untuk hal yang melibatkan kandungan visual, fail video, fail audio, laman web dan banyak lagi. Tujuannya adalah supaya bahan media ini difahami dan dinikmati oleh orang yang bertutur dalam bahasa yang berbeza-beza.