Nama aku, George Lass.... Aku dah pun mencapai usia 18 tahun dan aku berada di bawah sana. Di suatu tempat yang aku rasa tak payah la kau orang tahu pun. Aku nak ceritakan kepada kau orang satu cerita. Bukan cerita mengenai aku. Yang itu akan menyusul kemudian. Ini cuma satu cerita sahaja.
Suatu ketika dahulu, atau lebih tepat lagi ketika masa berada di ambang fajar, tuhan, dengan huruf kecil "t", menjadi begitu sibuk dengan ciptaannya. Begitulah yang diperkatakan budak-budak zaman sekarang. Dia memberikan kodok sebuah bekas tanah liat. Katanya, "hati-hati dengan benda ini. Ada kematian dalamnya!". Gembira sangat dengan kata-kata itu, dia tak sedar hakikat bahawa dia akan menjadi makhluk yang kena kutukan ramai pula nanti apabila isu kematian timbul di kemudian harinya. Maka, dia pun menerima bekas tersebut dan berjanji akan menjaganya.
Tapi satu hari, kodok bertemu dengan katak. "Hoi, bagi aku pegang bekas kematian itu atau apa-apa saja lah yang kau panggilnya, gemuk!" Dengan anggukan.......