Akibat Buruk Salah Terjemahan Perkataan Kabur Makna


Pada 26 Julai 1945, selepas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia ke-II. Britain dan China menghantar pesanan radio kepada Jepun meminta supaya ia menyerah kalah. Ahli kabinet dalam kerajaan Jepun pun bersetuju untuk berdamai namun mereka memerlukan masa untuk membincangkan syarat-syarat perdamaian.

Pemimpin Jepun mengumumkan bahawa tawaran untuk menyerah kalah itu diterima. Namun, kerajaan Jepun enggan memberikan sebarang ulasan mengenai tawaran tersebut. Mereka menghantar pesanan dengan satu perkataan bahasa Jepun sahaja iaitu 黙殺 mokusatsu yang bermaksud tiada sebarang ulasan. Perkataan ini sebenarnya boleh ditafsirkan dengan makna lain juga yang membawa maksud 'pedulikan'. Orang Jepun boleh meneka maksud perkataan ini dan mengetahui niat kerajaan Jepun menerusinya. Namun, orang Jepun yang menyiarkan siaran berita bahasa Inggeris mengenai mesej ini telah tersilap menterjemahkan perkataan ini. Terjemahannya itu berbunyi bahawa kabinet Jepun berkeputusan untuk tidak mempedulikan tawaran damai tersebut. Bermula tarikh 28 Julai 1945 semua akhbar di Amerika Syarikat kemudian melaporkan bahawa kerajaan Jepun menolak tawaran damai itu.

Ekoran laporan tersebut, Sir Harry S. Truman selaku Presiden Amerika Syarikat mengumumkan bahawa kerajaan Jepun enggan mengaku kalah dan menolak perjanjian damai pada 29 Julai 1945. Seterusnya, bom nuklear dihalakan ke Nagasaki dan Hiroshima. Nuklear kemudian dilancarkan sehingga meragut nyawa ramai orang awam yang tidak berdosa.

Pada 15 Ogos 1945, Maharaja Hirohito mengumumkan bahawa Jepun menyerah kalah. Pada 2 September 1945 barulah perjanjian perdamaian ditandatangani secara rasmi seterusnya menutup tirai keganasan Perang Dunia ke-II. 

Sumber Gambar
  • Hiroshima atomic bomb US nuclear attack that changed history, Ceylon Today, 11 Ogos 2019 (online)