Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred 41

Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) adalah antara kerjaya yang di sektor perkhidmatan awam yang diminati oleh lulusan universiti dan mahasiswa baru. Mereka yang berminat dengan kerjaya ini perlulah memberikan tumpuan kepada kelayakan akademik.

Jawatan ini perlu melalui beberapa penilaian sebelum dilantik secara tetap dalam perkhidmatan awam.

  • Calon yang layak akan dipanggil menduduki peperiksaan bertulis yang kini dijalankan secara atas talian (online).
  • Calon yang berjaya dalam peperiksaan tersebut akan dipanggil ke temuduga pula. Mereka yang lulus di temuduga akan dipanggil untuk ke jawatan sementara.
  • Calon yang berjaya dalam temuduga akan menjalani latihan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di mana mereka akan menerima Diploma Pengurusan Awam.
  • Calon akan dilantik secara tetap selepas itu tetapi aku rasa keadaan ini tertakluk juga kepada agensi di mana calon dihantar bertugas selepas itu. 
Tugasan Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Secara umumnya, tugasan PTD meliputi perkara seperti berikut iaitu:
  • Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam yang melibatkan pengurusan sumber manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah, kerajaan tempatan, perancangan dan pentadbiran sosial; serta 
  • Hubungan antarabangsa dan hal ehwal negara, keselamatan dan pertahanan negara, serta pengurusan teknologi maklumat.
Berdasarkan maklumat yang aku perolehi, PTD dikatakan berpeluang untuk bekerja dalam misi antarabangsa Malaysia seperti di Kedutaan atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di luar negara. Di samping itu, gaji, insentif dan elaunnya pun dikatakan lebih baik berbanding dengan jawatan pegawai tadbir yang lain.
  
Rujukan lanjut boleh juga dibuat di Portal PTD bagi sesiapa yang berminat untuk memulakan kerjaya di bidang pentadbiran awam di Malaysia.