Pemasaran Strategik dan Komunikasi

Pengurusan acara mungkin boleh menjadi satu alat bagi pemasaran strategik dan komunikasi yang digunakan oleh banyak syarikat tanpa mengira kecil atau besar. Syarikat boleh mendapatkan faedah dari acara promosi sebagai salah satu daripada kaedah untuk berkomunikasi dengan pelanggan yang kini atau yang berpotensi melanggan dengan mereka di masa hadapan. Sebagai contoh, acara yang berfokuskan kepada pengiklanan boleh juga dilangsungkan sebagai sidang akhbar, acara promosi atau pelancaran produk.

Pengurus acara boleh juga menggunakan media berita tradisional dalam usaha untuk mendapatkan pihak sasaran dengan harapan menjana liputan media yang akan sampai kepada beribu atau berjuta orang. Menurut buku berjudul Event Management 23 (4) "The Influence of Social Media Communication on Customer's Attitudes and Behavioral Intentions Concerning Brandsponsored Events" dalam muka surat 835 sehingga 853, mereka juga boleh menjemput pihak sasaran mereka menghadiri acara dan berkomunikasi dengan mereka semasa acara tersebut sedang berlangsung.