Pengajian Asia dan Timur Tengah

Hasil semakan aku mendapati bahawa istilah Pengajian Asia ini digunakan di Amerika Utara dan di Australia. Jika di Eropah, mereka lebih mengenalinya sebagai Oriental Studies atau Pengajian Ketimuran. 

Jadi, bidang ini menyentuh perihal penduduk di benua Asia, kebudayaan mereka, bahasa, sejarah dan politik mereka. Dalam lingkungan Asia ini, pelbagai aspek dalam disiplin pengajian seperti sosiologi, sejarah, dan antropologi budaya digabungkan bagi mengkaji fenomena politik, budaya dan ekonomi dalam masyarakat tradisional dan semasa Asia. Pengajian Asia ini biasanya membentuk bidang pengajian pasca ijazah di kebanyakan universiti di dunia. 

Di Universiti Oxford sebagai contoh, Pengajian Asia digabungkan dengan Pengajian Timur Tengah dalam satu fakulti pengajian.