Pengajian Bahasa Melayu UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempunyai satu kursus yang menyentuh bahasa Melayu iaitu Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Pengajian Bahasa Melayu. Kursus pensijilannya adalah selama tiga (3) tahun sahaja. Pembahagiannya adalah seperti berikut:

Peringkat Asas

Kursus dijalankan selama satu (1) tahun dalam dua (2) semester:

  • Pengantar Pengajian Melayu
  • Pengantar Kajian Bahasa Melayu
  • Fonetik Bahasa Melayu
  • Fonologi Bahasa Melayu
  • Morfologi Bahasa Melayu
  • Sintaksis Bahasa Melayu

Peringkat Pertengahan

Kursus dijalankan selama satu (1) tahun dalam dua (2) semester:

  • Kaedah Penyelidikan
  • Penulisan Kreatif
  • Budaya Popular
  • Dialektologi Bahasa Melayu
  • Suntingan Teks Bahasa Melayu
  • Analisis Wacana Bahasa Melayu
  • Sosiolinguistik Bahasa Melayu
  • Semantik Bahasa Melayu

Peringkat Maju

Kursus dijalankan selama satu (1) tahun dalam dua (2) semester:

  • Latihan Industri
  • Linguistik Sejarah Bahasa Melayu
  • Psikoliguistik Bahasa Melayu
  • Falsafah Bahasa
  • Pragmatik Bahasa Melayu
  • Sejarah Bahasa Melayu
  • Leksikografi Bahasa Melayu
  • Latihan Ilmiah
  • Sintaksis Bahasa Melayu Tinggi
Bagi pelajar yang berminat dengan kursus ini maka rujukan lanjut mengenainya boleh dibuat dengan menghubungi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Bagi rujukan lanjut mengenai isu-isu dalam Pengajian Bahasa pula, anda boleh membuat rujukan dalam Issues in Language Studies, Journal of Universiti Malaysia Sarawak.