Orang Asli adalah merupakan populasi penduduk yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang dikelompokkan di bawah istilah tersebut. Mereka membentuk minoriti nasional di Malaysia dan merupakan penduduk terawal di Semenanjung Malaysia.
Aku mendapati bahawa universiti awam atau swasta di Malaysia tidak menawarkan pengajian bahasa suku kaum dari komuniti Orang Asli (OA) dari Semenanjung Malaysia. Hal ini kerana bahasa suku kaum OA di Semenanjung terbahagi kepada dua (2) jenis rumpun iaitu Austroasia (Mon-Khmer) yang dituturkan oleh bangsa Senoi dan bangsa Negrito serta bahasa Austronesia dari rumpun bahasa Melayu Tua. Pemerhatian awal aku mendapati bahawa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya mengekodkan bahasa OA dari suku kaum Semai-Perak (Austroasia) dan bahasa Jakun (Austronesia).
Setakat yang aku ketahui, Malaysia bahagian Borneo ada mengajarkan bahasa suku kaum seperti bahasa Iban di Sarawak dan bahasa Kadazan-Dusun di peringkat sekolah dan peringkat institusi pengajian tinggi. Bagi kursus bahasa rasmi di negeri Borneo itu, aku rasa halaman lain perlulah dibuat untuk mengelakkan campur aduk kerana sistem pengekodan bahasa mereka juga agak maju dan setanding dengan bahasa Melayu.