Pengalaman Pekerjaan

Dari segi pengalaman pekerjaan, aku dapati bahawa aku telah masuk ke bidang pentadbiran atau administrasi secara umum. Pengalaman pekerjaan aku adalah seperti berikut:

  • Disember 2005 - Julai 2006 Jurubahasa untuk Kementerian Dalam Negeri
  • Oktober 2009 - Mei 2011 Stringer atau Wartawan Sambilan untuk Berita Harian
  • Jun 2013 - September 2013 Pelatih Perhubungan Awam N17 di Jabatan Perdana Menteri
  • September 2013 - Ogos 2014 Kerani Perlindungan di Suruhanjaya Tinggi untuk Pelarian
  • Mei 2015 - kini Pegawai Tadbir di Badan Berkanun
Kerjaya aku sebenarnya boleh dikatakan bermula semasa aku berusia 30 tahun iaitu semasa aku menjadi seorang Pegawai Tadbir di sebuah Badan Berkanun di Kuala Lumpur, Malaysia. Di situ juga aku mengenali politik pejabat dan juga menerima latihan yang berkaitan dengan bidang kerja aku secara berkala.

Kemahiran untuk Kerjaya 

Hasil dari pengalaman bekerja aku selama lebih kurang tahun, aku telah menyedari mengenai keperluan untuk mengasah kemahiran dari segi hard skill dan soft skill. Apakah yang dimaksudkan dengan hard dan soft skill ini? Maksudnya adalah seperti berikut:
  • Hard Skill merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran khusus yang dipelajari menerusi pendidikan dan latihan. Ia adalah sebahagian daripada rangkaian kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan. Kemahiran ini penting untuk meningkatkan daya penghasilan dan kepuasan pekerja. Contoh alat mengukur kemahiran seseorang dalam hard skill yang tertentu ini termasuklah ijazah, sijil latihan atau dokumen penghargaan dari institusi yang diiktiraf oleh pihak seperti kerajaan atau sebagainya.
  • Soft Skill pula merujuk kepada kemampuan yang dimiliki oleh seseorang secara semulajadi yang merangkumi kecerdasan, baik dari segi emosi atau pun sosial, komunikasi atau interaksinya dengan individu lain serta yang sewaktu dengannya. Dalam hal ini soft skill ini menyentuh bawaan karakter peribadi seseorang.     
Dari pengamatan aku juga, soft skill ini sebenarnya perlu diasah kerana keperibadian seseorang itu boleh jadi berbeza juga. Terdapat tiga (3) jenis keperibadian yang dikenal pasti oleh Carl Gustav Jung, ahli psikiatris dan psikoanalogi dari Switzerland iaitu extrovert, introvert, dan ambivert. Cara bekerja seseorang itu dipengaruhi oleh keperibadian atau personalitinya jadi kita tidak boleh mengadili seseorang hanya kerana dia berbeza daripada kita.