Pengenalan Penulisan Akademik

Ciri-ciri penulisan akademik bolehlah diringkaskan seperti berikut:

  • Terancang dan Bertumpu: menjawab soalan dan menunjukkan pemahaman mengenai mata pelajaran yang dibincangkan.
  • Tersusun: selari, ditulis dalam susunan yang masuk akal dan menggabungkan isi kandungan serta bahan yang berkaitan.
  • Bukti: menunjukkan pengetahuan dalam bidang yang dikaji, menyokong pendapat dan hujah dengan bukti serta diberikan rujukan yang tepat.
  • Nada dan Gaya Rasmi: gunakan bahasa yang sesuai, kala yang betul bagi kata kerja sekiranya menggunakan bahasa Barat, jelas, padat dan seimbang.
Bahagian seterusnya akan menyoroti semua ciri-ciri ini dengan lebih lanjut lagi.