Orang India Malaysia atau orang Indo-Malaysia merujuk kepada warganegara Malaysia dari keturunan India atau Asia Selatan. Mereka kini membentuk kumpulan ketiga terbesar di Malaysia selepas orang Melayu dan orang Cina. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada keturunan warga India yang berhijrah dari British India ke British Malaya dari pertengahan abad ke-19 sehingga ke pertengahan abad ke-20 M.
Majoriti orang India Malaysia ini terdiri daripada etnik Tamil manakala kelompok kecil lain pula terdiri daripada etnik Malayali, Telugu dan Punjabi. Orang India Malaysia membentuk komuniti Orang India Seberang Laut yang kelima terbesar di dunia. Di Malaysia, mereka membentuk 7% daripada populasi Malaysia selepas orang Melayu dan orang Cina. Selalunya mereka dikenali sebagai orang India sahaja dalam bahasa Melayu.
Populasi India Malaysia ini terkenal dengan pembahagian kelas dengan kelas elit yang signifikan dan kelas berpendapatan rendah berada dalam lingkungannya. Peratusan besar golongan profesional dalam kalangan orang India Malaysia per kapita membentuk 15.5% golongan profesional di Malaysia pada tahun 1999. Jumlah tersebut berkurangan sehingga ke 40% dan mereka kini berada dalam kategori B40 sahaja. Banci pada tahun 1984, sebanyak 38% tenaga kerja profesional perubatan terdiri daripada orang India Malaysia namun jumlah tersebut semakin berkurangan. Pada tahun 1970, pendapatan per kapita orang India Malaysia adalah 76% lebih tinggi daripada pendapatan orang Melayu yang membentuk majoriti di Malaysia. Walaupun terdapat usaha oleh kerajaan Malaysia untuk mengagihkan semula kemewahan sejak tahun 1970an menerusi dasar perkauman yang diinstitusikan, namun pendepatan orang India Malaysia menjelang tahun 2005 masih lagi 27% lebih tinggi daripada pendapatan per kapita orang Melayu di Malaysia.
Sumber Rujukan:
- Saari, M Yusof; Dietzenbacher, Erik; Los, Bart (2015). "Sources of Income Growth and Inequality Across Ethnic Groups in Malaysia, 1970–2000" (PDF). World Development. 76: 311–328. doi:10.1016/j.worlddev.2015.07.015