Pengurusan acara mapan atau dikenali juga sebagai penghijauan acara adalah proses untuk menghasilkan acara dengan memberikan penekanan kepada isu alam sekitar, ekonomi dan sosial. Kemapanan dalam pengurusan acara turut menjalinkan pembuatan keputusan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan sosial dalam perancangan, penyusunan, pelaksanaan dan penyertaan dalam acara tersebut.
Pengurusan acara mapan ini melibatkan prinsip pembangunan mapan dan amalannya di semua peringkat penataan acara dan tujuannya untuk memastikan bahawa acara ini dihoskan dengan bertanggungjawab. Ia mewakili pakej intervensi menyeluruh pada satu acara dan perlu dilaksanakan dengan cara yang bersepadu.
Penghijauan acara ini haruslah bermula pada awal prijek dan perlu melibatkan pemegang taruh utama seperti klien, penganjur, lokasi, sub kontraktor dan pembekal. Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa trend menjalankan acara secara fizikal mula berubah kepada virtual dan hibrid. Ia dilaporkan mengurangkan kesan pembebasan karbon sebanyak 94% (virtual) dan 67% (hibrid) dengan lebih 50% kadar penyertaan fizikal semasa perubahan antara kesan pembebasan karbon per kapita dan penyertaan fizikal.