Penubuhan Badan Bukan Berasaskan Keuntungan

Terdapat kurang keselarasan apabila merujuk kepada penubuhan badan bukan berasaskan keuntungan (NPO) di Malaysia. Perundangan umumnya masih lagi tidak teratur dan ditadbir secara bebas. Sehingga kini pun, masih tiada lagi badan berkanun yang menguruskan badan kebajikan di Malaysia.

Sesetengah NPO di Malaysia pula ditadbir oleh kerajaan persekutuan contohnya seperti Majlis Kanser Negara. Selain itu pula dipantau oleh kerajaan negeri yang relevan contohnya badan kebajikan agama untuk zakat dan sebagainya. Umumnya, kerajaan negeri mempunyai kuasa tadbir eksklusif atas badan kebajikan di negeri masing-masing.

Di Malaysia, jenis NPO, badan bukan kerajaan (NGO) dan perusahaan sosial (SE) termasuklah seperti berikut:

  • Yayasan (foundation)
  • Dana amanah (trust fund)
  • Syarikat yang dihadkan melalui jaminan (companies limited by guarantees)
  • Persatuan atau Pertubuhan (society atau organisation)    

Badan-badan ini dikategorikan dalam definisi payung kerja kebajikan yang meluas dan umumnya ditadbir oleh dua badan iaitu:

  • Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) atau the Registry of Societies (ROS) yang mengawal badan NPO yang ditubuhkan di bawah Akta Persatuan 1966.
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau the Companies Commission of Malaysia (CCM) yang mengawal NPO yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965. 
Permohonan juga boleh dibuat di laman sesawang Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Setiap kategori mempunyai peraturan dan syaratnya yang tersendiri. Selain itu, badan NPO yang didaftarkan di bawah SSM mempunyai penyata kewangan yang tersusun dan perlu mematuhi keperluan di bawah Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) atau Standard Pelaporan Kewangan Malaysia. Manakala, badan NPO yang diasaskan di bawah JPPM pula digalakkan supaya mengikut standard ini.

Badan NPO di Malaysia dengan status kebajikan boleh memohon pengecualian cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau the Inland Revenue Board (IRB). Di bawah Akta Cukai, kegiatan kebajikan yang dikecualikan cukai ini termasuklah pembasmian kemiskinan, dakwah agama, isu pendidikan, bantuan yang memberikan manfaat kepada komuniti tempatan dan juga kemajuan komuniti. 

Sumber: