Penyertaan dalam NGO di Malaysia

NGO bermaksud non-governmental organisation atau badan bukan kerajaan. Kelompok sebegini sudah wujud lama pun di Malaysia. 

Sebab kita tidak menyedari kewujudan mereka ini adalah sama keadaannya seperti kita tidak menyedari kewujudan kerusi. Kita berasa selesa kerana kerusi berfungsi dengan baik. Namun, jika kerusi patah kakinya, maka kita akan mula menyedari kewujudannya kerana kita berasa tidak selesa.

Setiap NGO akan berfungsi secara berbeza, namun biasanya NGO akan mempunyai kepentingan utama dalam sesuatu bidang yang khusus. Jadi, anda boleh menyertai NGO dengan pelbagai tujuan contohnya seperti ingin menyelesaikan isu atau pun untuk memperluas jaringan kenalan anda. 

Menyertai NGO bermaksud anda menjadi seorang sukarelawan atau bekerja sepenuh masa untuk NGO. Sebelum kita menyertai sesuatu NGO, kita perlulah bertanya, apakah "superpower" kita? Maksudnya, apakah bidang yang kita minati? Satu cara yang pantas untuk kita ketahui adalah dengan sedar akan siapakah diri kita. Sedari apakah berita yang sering menarik perhatian kita? Perhatikan isu dunia dan lihat apakah isu yang memberikan impak emosi kepada anda?

Adakah anda berasa sedih dengan penderaan haiwan? Atau mungkin juga anda pernah melalui pengalaman peribadi dicabul atau diganggu hanya kerana anda adalah seorang wanita? Selanjutnya, adakah anda ingin menjadi sebahagian daripada penyelesaian bagi memperbaiki situasi itu?

Tips segera yang diberikan oleh Eric Thoo dari Aliran menyatakan bahawa kita tidak perlu untuk mempertimbang bidang kepakaran kita kecuali jika kita ingin bekerja sepenuh masa dalam sesuatu NGO. Biasanya NGO menjangka bahawa seseorang sukarelawan itu bermula dari kosong, jadi tenang-tenang sahaja. 

1. Godek Laman Sesawang

Kita hanya akan pasti mengenai sesuatu selepas kita mengujinya. Jadi, tidak perlu risau jika kita tidak pasti apakah bidang yang menarik perhatian kita. Mulakan dengan menggodek laman sesawang NGO yang relevan dahulu. Gunakan enjin carian google dengan menggunakan format, "minat" dan NGO yang mewakili "bidang". Contohnya, "woman", "NGO", dan "Penang". Hasilnya, kita akan mendapat carian seperti Women's Centre for Change dan WAO Penang. Selain itu, terdapat juga Penang Women's Development Corporation.

Jika kita berminat dengan isu kebajikan haiwan, kita sepatutnya boleh juga menjalankan kegiatan sukarelawan di Kuala Lumpur. Cuba buat carian dengan kata kunci, "animals NGO Kuala Lumpur".

2. Intai NGO

Sekarang pilih NGO pilihan anda dari hasil carian dan klik pada pautan ke laman sesawangnya. Lihat pada halaman, "about us" mereka. Perkara pertama yang anda harus sahkan adalah mereka adalah jenis NGO yang anda memang cari. Baca seksyen about us mereka bagi mendapatkan butiran. Jika laman sesawang itu tiada seksyen about us, maka kita harus elakkannya kerana ia mungkin NGO yang tidak tersusun dengan baik.             

Kemudian, nilaikan jika NGO tersebut masih aktif. Periksa gambar dan masukan dalam laman sesawang atau media sosial mereka. Taip nama organisasi itu dalam bar carian di mana-mana media sosial. Biasanya organisasi yang masih aktif akan membuat masukan atau memasukkan rencana atau gambar dalam tahun yang terdekat dengan carian anda.

Gunakan gambar untuk memeriksa ahli organisasi itu. Hal ini berguna bagi pendatang baru yang selesa dengan orang dari lingkungan usia yang sama.

3. Berani Ambil Langkah Pertama

Jika anda gembira dengan perkara yang anda lihat maka anda bolehlah menghantar emel kepada mereka. Cari seksyen "contact us" dalam laman sesawang atau media sosial mereka. Kebanyakan laman sesawang NGO mempunyai alamat emel dalam halaman "contact us" mereka. Jadi, hantarlah emel kepada mereka. Template cadangan adalah seperti berikut:

Dear NGO

I came across your website. I am interested [masukkan sebab anda berminat] and wish to volunteer for your organisation. I currently reside in [masukkan tempat tinggal anda]. Please let me know if you need more details. Looking forward to hearing from you.

Regards,

[Volunteer]

Mungkin ramai dalam kalangan kita pemalu namun janganlah risau kerana orang dalam NGO selalunya bersifat peramah.

Menurut Eric Thoo, beliau selalunya akan membuat carian mengenai rencana yang disukainya dalam media sosial. Kemudian, membuat carian mengenai siapakah penulisnya di laman sesawang. Kemudian, beliau akan menghantar emel kepada penulis dan penulis pun bersetuju bertemu dengan beliau. Begitulah cara beliau menyertai NGO dan berkawan dengan ahli NGO yang diminati beliau. Menurut Eric Thoo, laman sesawang bukan semestinya satu-satunya sumber maklumat. Dunia yang sebenar pun boleh menjadi sumber maklumat.

4. Majlis Sosial

Berikan perhatian pada majlis atau program sosial yang berlangsung dalam bandar anda. NGO dan pihak berkuasa tempatan kadang kala menjalankan majlis atau program sosial untuk berhubung dengan orang awam.

5. Karnival

Cari majlis atau program di media sosial atau di WhatsApp. Contohnya, Karnival Hijau Penang yang merupakan program tahunan di Penang. Karnival seperti Karnival Hijau Penang ini mengumpulkan banyak NGO, kumpulan kerja sains komuniti dan perbadanan swasta yang membuat pameran kerja-kerja mereka di situ.

Jika berminat dengan teknologi hijau terkini, maka karnival seperti itu sangat menarik untuk anda. Kajian mengenai primat pun ada di situ. Banyak sekali kumpulan pemeliharaan haiwan membuat pameran mengenai ikan lumba-lumba dan kuda laut di situ. Selami pusat pameran di situ serta tinjau kaunter pameran yang menarik minat anda. Dengar perkongsian mereka, lihat produk serta risalah yang mereka sebarkan. Tak perlu sewa tapak pun kecuali jika anda berminat. Ambil masa anda namun jangan lupa butiran perhubungan untuk calon-calon anda.

6. Ucapan

Selain itu, beri perhatian kepada ucapan atau perbincangan yang dibicarakan di media sosial atau WhatsApp. Periksa karya mereka jika ia menarik minat anda. Ingat untuk memastikan bahawa ucapan yang disampaikan itu terbuka kepada khalayak awam. Sesetengahnya hanya dikhaskan untuk ahli sahaja. Periksa siapakah penyampainya dan apakah topik yang mereka cadangkan supaya anda boleh menentukan untuk hadir atau tidak di sesi tersebut.

Jika anda berminat dengan pembentangan mereka, maka anda boleh mendekati mereka. Beritahu mereka apakah yang menarik minat anda dan anda bersedia jika mereka memerlukan pertolongan. Ingat juga untuk bertukar butiran perhubungan. Mungkin anda berkesempatan untuk menjalankan kegiatan sukarelawan pada hujung minggu sahaja. Namun, begitu pun okay sahaja. Jika anda malu, anda boleh berhubung dengan penyampai dengan menggunakan emel dan aturkan pertemuan kemudian. Tak perlu malu pun untuk hal itu.