Pilihan Kerjaya bagi Mahasiswa Pengajian Bahasa

Sebenarnya, tiada sebarang ketentuan yang khusus mengenai pilihan pekerjaan bagi mahasiswa yang belajar dalam bidang pengajian bahasa. Kecuali jika universiti pilihan anda mempunyai memorandum persefahaman dengan agensi kerajaan, organisasi atau perusahaan yang boleh membantu anda untuk mendapatkan pekerjaan dengan segera sebaik sahaja anda menamatkan pengajian dan menerima ijazah dari universiti. 

Contoh kerjaya selepas mahasiswa menamatkan pengajian nanti jika berdasarkan kepada cadangan dari laman web After School adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan Awam di Negara Asing
  • Perkhidmatan Penerbangan
  • Pengurusan Acara dan Majlis
  • Pakar Import dan Eksport
  • Penyunting Sari Kata
  • Suara Latar di Media Massa
  • Kakitangan di Perkhidmatan Pelanggan
Laman web After School mencadangkan juga organisasi atau perusahaan seperti berikut yang merekrut kakitangan yang boleh berbahasa asing:
Banyak lagi syarikat yang merekrut kakitangan yang boleh bertutur dan menulis dalam bahasa asing contohnya seperti syarikat dari Jepun, Korea, Jerman dan sebagainya. Buat kajian mengenainya dan senaraikan untuk rujukan lanjut anda.