Sita yang telah mengubah dirinya menjadi seorang manusia semula pada penghujung Red Dice, menyedari bahawa dia sebenarnya adalah seorang manusia. Lelaki di pintu pada penghujung novel yang sebelum ini cuba memaksa Sita supaya membuka pintu namun Sita enggan berbuat demikian. Lelaki itu mengatakan bahawa dia memahami dan akan datang semula.
Selepas lari dengan Seymour dari rumah Arturo ke sebuah hotel, Sita hampir-hampir dirogol oleh dua orang lelaki mabuk di pantai apabila dia berjalan di tengah malam. Sita membunuh dua lelaki terbabit dengan menggunakan pistolnya dan merayau berdekatan dengan sebuah tempat makan malam di situ. Di situ, dia merasakan bahawa dirinya berdepan dengan Ray yang mendakwa bahawa dia tidak mati dalam letupan namun dia dihidupkan semula oleh Eddie. Dia turut mendedahkan bahawa dia menggunakan peralatan kimia Arturo untuk mengubah dirinya menjadi seorang manusia semula. Selepas meninggalkan Seymour, Sita dan Ray bergerak ke kawasan luar bandar dan memulakan kehidupan manusia yang normal, berkawan dengan Paula iaitu seorang wanita hamil yang mendakwa bahawa dia tidak mengetahui bagaimana dia boleh mengandung. Sita turut mendapati bahawa dirinya mengandung dan terpegun namun dia gembira mengetahui hal itu.
Tidak lama selepas itu juga, Sita mengetahui bahawa Kalika, anak perempuannya adalah jelmaan Kali Ma, iaitu dewi pemusnah agung dan lebih berkuasa daripada Yaksha. Kanak-kanak itu memang pantas dan mula lapar darah. Hal ini mendesak Sita supaya menculik Eric Hawkins dan menjadikannya sebagai tawanan dalam rumah bagi menjadi pembekal bekalan darah kepada Kalika. Akhirnya, Kalika mula menunjukkan minat kepada anak Paula. Kalika lebih jauh lagi mula mencari anak Paula dan membunuh Eric. Kemudian, dia menangkap Seymour dan memaksa Sita supaya menyerahkan bayi Paula kepadanya. Sita menasihati Kalika supaya melarikan diri. Apabila Kalika sudah jauh barulah dia boleh menghubungi Sita untuk bercakap dengannya. Bagi menyelamatkan anak Paula yang dipercayai oleh Sita sebagai seorang messiah, iaitu jelmaan Krishna dan Jesus, Sita mendapatkan sebahagian daripada darah Yaksha yang dibekukan dan disimpan dalam trak ais krim yang mengurung Yaksha. Trak tersebut diperhatikan oleh seorang lelaki gelandangan yang pelik. Lelaki itu percaya bahawa Sita akan kembali semula ke trak itu pada suatu hari nanti.
Sita kembali ke kediaman kekasih lamanya Arturo di Las Vegas. Di sana, dia mendapati bahawa rupa Arturo dan Kalika serupa dan menyedari bahawa bapa Kalika adalah Arturo. Disebabkan Arturo merupakan gabungan manusia dan pontianak maka hanya dia sahaja yang mampu menghamilkan Sita semasa Sita masih lagi seorang pontianak. Sita juga menyedari bahawa Ray tidak kembali kepadanya dan Ray sebenarnya hanyalah hantu dan bukan Ray tang sebenar-benarnya lagi. Sita "membunuh" Ray mengikut permintaannya dan berubah semula menjadi seorang pontianak menggunakan peralatan kimia Arturo. Sita menggabungkan darah Yaksha dengan sampel darah bayi Paula yang dicurinya dari hospital. Disebabkan gabungan darah itu, Sita menjadi lebih kuat daripada sebelumnya setanding dengan Yaksha namun masih belum mencapai tahap kekuatan Kalika.
Sita berjanji melalui telefon yang dia akan menghantar bayi itu kepada Kalika bagi pertukaran dengan Seymour di Jeti Santa Monica. Sita, walau bagaimanapun hanya berbohong kerana dia tidak membawa pun bayi Paula. Dia memberitahu Kalika bahawa dia datang sendiri. Selepas sedikit rundingan yang tidak membuahkan sebarang hasil, pergaduhan pun tercetus. Kalika menghentikan Sita dengan mudah. Dia mematahkan kaki Sita dan melempar Seymour ke dalam laut. Tidak selepas itu, Kalika mendedahkan bahawa dia sebenarnya adalah jelmaan Kali. Sita ditenggelamkan oleh kuasa gelap Kali. Akibat pukauan Kalika, Sita mendedahkan nombor telefon yang dipintanya supaya Paula hubungi. Dalam keadaan terdesak itu, Sita bertanya kepada Kalika siapakah sebenarnya bayi Paula itu sebenarnya. Kalika menjawab bahawa makluman itu ada harganya! Sita bertanya lagi lalu Kalika menunjukkan harga makluman itu. Dia membentuk pancang tajam dari kayu dan melemparkannya kepada Seymour menyebabkan Seymour tertikam.
Sebaik sahaja Sita terjun ke dalam laut dan menarik Seymour yang sedang nazak ke pantai, dia memberitahu Seymour bahawa dia akan menyelamatkan Seymour dengan menjadikannya seorang pntianak. Kalika meninggalkan tempat itu. Walau bagaimanapun, ketika Sita dan Seymour berada di atas darat barulah Sita menyedari bahawa sudah terlewat untuk menyelamatkan Seymour. Seymour mempercayai bahawa dia telah berubah menjadi seorang pontianak kerana dia tidak berasa sakit lalu bertanya Sita sama ada dia akan hidup selamanya? Sita berasa simpati dan kasihan pun mengiyakan Seymour dan Seymour pun memberitahunya bahawa dia mencintai Sita selamanya. Sita pun menjawab, "saya juga", lalu Seymour mati dalam pangkuan Sita.
Sita membawa mayat Seymour ke pembakaran mayat untuk membakarnya. Terlintas pula di fikiran Sita bahawa terdapat kemungkinan untuk menghidupkan Seymour semula. Sita menggunakan baki darah anak Paula ke atas mayat Seymour menyebabkan Seymour hidup semula. Disebabkan kegembiraan, Sita tidak memberitahu Seymour tentang tindakan Kalika namun dia berjanji bahawa dia akan menghalang Kalika daripada mendapat bayi Paula.