Kalika, anak perempuan Sita telah berubah menjadi seekor raksasa yang lapar darah dengan kekuatan yang melampaui kekuatan Sita. Kini, menjadi tanggungjawab Sita untuk menjejakinya dan memusnahkannya namun Sita masih tidak percaya bahawa anaknya itu adalah seorang yang sememangnya jahat. Dia masih berharap untuk menyelamatkan Kalika walaupun dalam hal itu dia terpaksa membahayakan nyawanya sendiri atau mungkin membahayakan nyawa semua orang di dunia ini.
Kisah bermula apabila Sita dan Seymour yang baru sahaja dihidupkan kembali itu menghadiri satu seminar mengenai Suzama, seorang peramal nasib dari Mesir purba. Sita mengenalinya secara peribadi dan berminat untuk mengetahui mengenainya. Suzamalah yang meramalkan penjelmaan Tuhan dalam tiga rupa pada masa yang tepat. Krishna dan Jesus Christ adalah dua daripada penjelmaan ini. Sita mendapat maklumat dari Dr. Donald Seter, orang yang menemui Kitab Suzama dan pengasas Pertubuhan Suzama, bahawa Christ menjelma semula sebagai anak lelaki kepada Paula. Paula sendiri sebenarnya adalah Suzama yang menjelma semula di dunia. Tidak seperti Ray, Paula mula mengingati hayat lampaunya. Menggunakan kuasa pujukannya, Sita berkawan dengan Seter dan James, anak lelakinya. Mereka mengesahkan teks tersebut dan mendapati bahawa Kalika sebenarnya ingin membunuh bayi tersebut. Sita juga mengetahu bahawa Pertubuhan Suzama dibentuk untuk melindungi bayi tersebut.
Ibu dan anak kemudian bersatu semula di telefon dan menerusi salah perhitungan di bahagian Kalika sendiri, Sita akhirnya mengetahui di mana tempat tinggal Kalika. Sita bersama dengan Dr. Seter, James dan Pertubuhan Suzama ke rumah Kalika. Di situ, semua ahli pertubuhan itu dibunuh kejam oleh Kalika walaupun mereka sudah bersedia dengan senjata automatik. Pada akhirnya, Sita ditolak dari anjung bangunan itu dan mengalami kecederaan parah. Sita sembuh dengan segera dan menggunakan bayangan yang diberikan oleh kitab Suzama, Sita berjaya menemui tempat Paula dan bayinya berada. Sita, James, Seymour dan Dr. Seter memandu ke tempat itu dan mendapati bahawa Kalika sudah tiba terlebih dahulu. Dia telah mengambil bayi itu. Bersenjatakan shotgun, Sita mengejar Kalika dan membawanya ke sebuah rumah kecil. James tiba tidak lama selepas itu. Ketika itu sudah lewat untuk Sita menyedari bahawa James sebenarnya adalah Ory, musuh lama dari kehidupan lampaunya. Ory adalah perisik bangsa Setian, sejenis bangsa makhluk asing berdarah sejuk yang juga ingin mendapatkan bayi Paula. Ory mencederakan Sita dan Kalika dengan teruk. Dia turut mendedahkan bahawa ahli Pertubuhan Suzama itu semuanya adalah anak muridnya kecuali Dr. Seter. Dia kemudian melarikan bayi itu bersamanya.
Kalika kemudian memberikan darahnya kepada ibunya supaya ibunya terselamat. Kalika berbaring dan nazak di situ. Sita menyedari bahawa Kalika bukannya mahu mencederakan bayi itu sebaliknya cuba melindunginya. Dia turut mendedahkan bahawa dia membunuh Eric (lelaki dari siri Phantom) sebagai tindakan belas kasihan kerana Eric telah didiagnos menghidapi penyakit peringkat akhir. Dia akan menderita teruk sekiranya tidak dibunuh segera. Kali pertama dalam hidupnya, Kalika memberitahu ibunya bahawa dia menyayangi ibunya dan dia pun mati.
Kemudian, Sita tiba di tempat Paula melahirkan anak dan mengalami kejadian semesta apabila mengingati semula pertemuan terakhirnya dengan Suzama. Di situ Sita disinari tenaga bintang dan berubah menjadi makhluk abadi. Tidak lama selepas itu, bangsa Setia yang juga berada dalam keadaan yang sama dengan Sita tiba dengan kapal angkasa dan membawa bayi itu kembali ke dunia mereka. Di sana mereka akan memakan kuasa suci bayi itu. Sita merasuki tubuh Croka, komander bangsa Setian dan berjaya menggunakannya untuk menyerang dan melemahkan Ory sehingga dia berjaya menyelamatkan bayi itu. Selepas itu, Sita mengelar leher Ory dan bangsa Setian lain. Sita lari dengan pantas meninggalkan tempat itu. Novel ini berakhir dengan Sita memulangkan semula bayi ini kepada Paula dengan selamat dan hidup-hidup.