Ringkasan The Last Vampire 9: The Sacred Veil

Dalam tempoh 5000 tahun sebagai pontianak, Alisa atau Sita, seperti nama asalnya itu telah mengalami sebanyak 55 kali hayat. Setiap saat dalam kehidupan abadinya itu melukakan jiwanya. Sesiapa sahaja yang disayanginya, dan setiap mangsa yang dibunuh olehnya muncul di benak fikiran setiap hari.

Namun, terdapat juga hal yang pelik apabila setengah dari kenangan itu hilang dari kotak fikiran Sita. Ketika Sita dan rakan-rakannya memulakan pencarian lokasi artifak purba, iaitu selendang yang boleh menjadi kunci utama kepada keselamatan seluruh umat manusia, Sita menyedari bahawa fikirannya sendiri boleh menjadi musuh terbesarnya.

Kenangan yang dinafikan olehnya itu adalah berkaitan dengan zaman yang paling menakutkan dalam sejarah umat manusia. Saat ketika dia diseksa oleh seorang gila yang bertanggungjawab terhadap kematian berjuta-juta manusia. Namun, apakah maklumat yang seksaan itu hasilkan?