Sebab Memilih Pengajian Bahasa

Pelajar mempunyai sejumlah pilihan dari segi bahasa dan sastera termasuklah kursus seperti penterjemahan, kejurubahasaan, linguistik dan disiplin yang berkaitan dengan bidang pengajian bahasa. Dengan banyaknya pilihan kursus di luar sana, di sini kami senaraikan sebab kenapakah anda harus memilih pengajian bahasa:

  • Peluang Pekerjaan - Pada hari ini di mana pengetahuan bukan hanya perkara yang anda ketahui atau kemahiran teknikal sahaja sebaliknya majikan juga inginkan pekerja yang mempunyai kemahiran sosial yang baik. Bagaimanakah anda meyakinkan bakal majikan anda untuk mengupah anda jika anda tidak dapat memberikan imej profesional bagi menjual diri anda? Dengan permulaan dalam linguistik tahap maju, anda mungkin akan berpeluang cerah untuk diterima ke pekerjaan.
  • Pemilihan Subjek yang Fleksibel - Anda akan belajar lebih banyak daripada bahasa. Banyak sekali pilihan untuk subjek major dan minor contohnya seperti kesenian, perfileman, sejarah, sosiologi dan seterusnya.
  • Pekerjaan Antarabangsa - Mempelajari bahasa asing boleh membuka peluang pekerjaan anda di luar negara. Sebagai contoh, seorang majikan yang berbahasa Sepanyol mungkin akan berminat untuk mendapatkan pekerja yang berkemahiran atau fasih dalam bahasa Sepanyol bagi memudahkan urusannya.       

Sumber rujukan aku untuk topik yang dibincangkan di atas dipetik dari laman web After School (online) di bawah judul, "Your guide to studying Language Studies in Malaysia".