Sikap Generasi-terhadap Pekerjaan

Menurut Adam Kingl melalui rencana berjudul "Making Sense of Gen-Y - And What It Means for the Future Work" (2019) dari Duke Corporate Education, Kemelesetan Besar memberikan pandangan mendalam mengenai keutamaan dan sikap generasi-Y di tempat kerja.

Skeptik dengan teori generasi yang mempercayai bahawa semua orang itu pada dasarnya adalah sama dan perbezaan generasi itu hanyalah pada peringkat tahap kehidupan sahaja. Jawapan yang pantas bagi menunjukkan bahawa jika setiap generasi itu sama, maka corak pendidikan, pekerjaan dan persaraan haruslah sama mengikut tahap umur yang sepadan. Namun, jika corak yang tersebut itu berbeza maka mestilah sesuatu sedang berlaku pada saat itu.

Jelas sekali bahawa generasi-Y ini sememangnya berbeza daripada generasi sebelumnya. Mereka lebih bersemangat, sangat berminat untuk terlibat dalam pelbagai proses dan usaha untuk mengekalkan generasi yang selalu disalahfahami ini menjadi satu cabaran bagi banyak organisasi. Terutama sekali dalam menghadapi cabaran kepada kontrak psikologi yang dicetuskan oleh syarat pembayaran serta pencen. Memahami demografi rumit ini, maka kita perlu melihat kembali kepada krisis yang menggegarkan ekonomi global sedekad yang lalu.