Sistem Perlambangan Rasmi

Definisi lain pula melihat bahasa sebagai satu sistem perlambangan rasmi untuk isyarat yang dikawal oleh peraturan tatabahasa berbentuk gabungan bagi menyampaikan maksud.

Definisi ini menekankan bahawa bahasa manusia boleh dijelaskan sebagai sistem berstruktur yang tertutup, mengandungi peraturan berkaitan dengan isyarat tertentu bagi maksud yang tertentu. Pandangan strukturalis bahasa ini pertama kalinya diperkenal oleh Ferdinand de Saussure, dan strukturalisme ini kekal menjadi asas kebanyakan pendekatan kepada bahasa.

Sesetengah pelopor bagi pandangan Saussure mengenai bahasa ini menyokong pendekatan rasmi yang mengkaji struktur bahasa bagi mengenalpasti ciri asasnya. Selanjutnya, mereka membentangkan bentuk rasmi peraturan seperti yang terdapat dalam gabungan ciri bagi membentuk perkataan serta ayat. Pelopor utama teori sebegini ialah Noam Choamsky yang menjadi pencetus kepada teori tatabahasa generatif. Beliau mendefinisikan bahasa sebagai binaan ayat yang boleh dijana dengan menggunakan tatabahasa ubahan.

Chomsky menganggap peraturan ini sebagai ciri dalaman bagi minda manusia dan kaedah bagi membentuk asas kepada bahasa. Sebaliknya, tatabahasa ubahan juga digunakan dalam logik rasmi, dalam linguistik rasmi dan dalam linguistik gunaan komputer. Dalam falsafah bahasa, pandangan bagi maksud linguistik ini terletak pada logiknya hubungan antara dalil dan hakikat yang dikembangkan oleh ahli falsafah seperti Alfred Tarski, Bertrand Russell dan ahli logika rasmi lain.