Aku menerima ijazah sarjana muda dalam bidang Terjemahan dan Interpretasi dari Universiti Sains Malaysia pada 13 September 2009. Tahun 2009 ini ditandai oleh situasi pekerjaan yang mencabar. Pada ketika itu, dunia menghadapi beberapa krisis yang antaranya adalah seperti berikut:
A. Krisis Ekonomi Global
Pada pertengahan tahun 2008, kemelut perdagangan telah mencetuskan kemelesetan ekonomi global. Hal ini turut mempengaruhi benua Asia termasuklah Malaysia yang terletak di Asia Tenggara. Walaupun ekonomi bersifat terbuka namun perindustrian baru Asia telah mengalami kemelesetan yang teruk.
Kebanyakan syarikat mengambil langkah mengurangkan pengeluaran. Di samping itu, mereka menangguhkan rancangan pelaburan sehingga menyebabkan paras pelaburan menjadi sangat rendah. Akibatnya, pasaran pekerjaan juga menjadi lemah, kadar pengangguran meningkat dan keyakinan serta perbelanjaan pengguna menjadi terjejas.
Di Amerika Syarikat (AS) sebagai contoh, seramai 8.4 juta orang mengalami kehilangan pekerjaan sekitar bulan Disember 2007 hingga Disember 2009. Kadar pengangguran di Amerika ketika itu mencecah sebanyak 10% menjelang penghujung tahun 2009.
B. Status Pekerjaan Mahasiswa
Daripada jumlah 369,799 orang pencari kerja berdaftar pada tahun 2009, hanya 7.9% atau 29,192 orang sahaja yang berjaya mendapat pekerjaan jika dibandingkan dengan sebanyak 13.4% pada tahun 2008.
Persaingan dalam kalangan mahasiswa dari institusi pengajian awam dan swasta menjadi sengit, terutamanya apabila pasaran pekerjaan terjejas akibat krisis ekonomi.
C. Tindakan Syarikat semasa Krisis
Beberapa tindakan lazim telah diambil oleh majikan atau pengurus syarikat bagi menghadapi isu kemerosotan ekonomi iaitu:
- Membekukan pengambilan pekerja yang mana sebanyak 35% pemilik atau pengurus syarikat memilih untuk membekukan pengambilan pekerja ketika ekonomi negara berada dalam keadaan suram pada tahun 2009.
- Membekukan peruntukan latihan, membekukan kenaikan gaji, mengurangkan waktu bekerja dan memberhentikan pekerja.
D. Situasi Ekonomi di Malaysia
Purata Pengeluaran Kasar Dalam Negara (GDP) di Malaysia ketika itu pula berjumlah RM 705.4 billion setahun. Pendapatan Kasar Negara (GNP) pula sebanyak RM 694.8 billion dalam setahun. Malaysia mengalami pengurangan dari segi pertumbuhan GDP sebenar iaitu sebanyak 1.0% sehingga +1.0% dan pendapatan per kapitanya pula sekitar RM 24,541 iaitu kira-kira US$ 6,812 dari segi keseimbangan kuasa beli negara (kadar pertukaran matawang asing ketika itu US$ 1.00 bersamaan dengan RM 3.62).
Inflasi di Malaysia ketika itu berada pada kadar antara 1.5% hingga 2.0%. Jumlah eksport Malaysia ke luar negara berjumlah RM 495.8 billion dan import dari luar negara ke Malaysia berjumlah RM 387.6 billion. Baki Pembayaran Semasa berjumlah 11.5% daripada Pendapatan Kasar Negara.
E. Situasi Pekerjaan di Malaysia
Pada tahun 2009, populasi Malaysia adalah pada tahap 28.1 juta orang sahaja. Tenaga kerja pula berjumlah 12.1 juta orang. Seramai 11.5 juta orang mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan. Manakala kadar pengangguran di Malaysia adalah pada tahap 4.5% iaitu seramai 517,500 orang.
Kebanyakan syarikat di Malaysia memberhentikan pekerja secara beramai-ramai. Hampir enam juta orang kehilangan kerja dalam tempoh 12 bulan. Kadar pengangguran di Malaysia meningkat sebanyak 10% menjelang bulan Oktober 2009. Kadar ini lebih tinggi daripada kadar ketika berlakunya kemelesetan ekonomi pada tahun 1982. Pelbagai langkah telah pun diambil oleh kerajaan bagi menangani isu ini namun keadaan ini masih terus berterusan. Situasi ini mencerminkan bahawa mahasiswa yang menamatkan pengajian pada tahun 2009 dan pekerja yang sememangnya berada dalam pasaran pekerjaan melalui cabaran getir dalam menghadapi kesan daripada krisis ekonomi global yang melanda seluruh dunia pada tahun 2008.
Dalam pada itu, bidang penjagaan kesihatan dan pendidikan menyaksikan pengembangan tetapi majikan masih lagi mengambil sikap berjaga-jaga dalam mendapatkan pekerja berstatus tetap.
Untuk maklumat lanjut berhubung dengan data statistik sila klik pada, "
Status in Employment, Institute of Labour Market Information and Analysis (ILMIA), Department of Statistics Malaysia".