Jilid ketiga ini merupakan sambungan terus kepada kejadian yang diceritakan dalam The Last Vampire 2: Black Blood. Sita mula tersedar lalu mendapati bahawa dia dikelilingi oleh S.W.A.T. serta kelompok kerajaan tinggi. Menyedari bahawa dia tidak boleh membiarkan darah Eddie Fender jatuh ke tangan yang salah, maka Sita pun berkesimpulan bahawa dia harus membakar keseluruhan rumah itu. Sita mendapatkan tong gasolin dari belakang rumah di mana terletaknya peti ais dan menyimbah keseluruhan ruang tamu dengan cecair bahan bakar itu.
Sita merasakan bahawa tong gasolin tersebut ringan sekali semasa menanggungnya. Hal ini menandakan bahawa kuasa barunya sedang bertambah. Petanda kedua pula berlaku apabila dia mampu membaca fikiran polis dan anggota S.W.A.T yang berkumpul di luar rumah tersebut. Sebelum ini dia tidak mampu untuk berbuat demikian. Joel yang kini menjadi seorang pontianak meyakinkan Sita bahawa dia boleh berbincang supaya mereka dilepaskan dengan selamat kerana dia adalah seorang anggota FBI. Sebaik sahaja keluar dari kediaman Eddie, Joel telah ditahan walaupun menunjukkan lencananya. Keadaan ini menyebabkan Sita tiada pilihan dan terpaksa menyerahkan diri demi melindungi Joel. Tetapi sebelum itu dia telah membakar rumah tersebut. Polis tidak berjaya memadamkan kebakaran. Mayat Eddie dan darahnya telah terhapus disebabkan oleh kebakaran itu.
Di dalam van beperisai yang dinaiki oleh Joel dan Sita itu, Sita kemudian membebaskan dirinya dan mengawal kenderaan itu. Dia memandu kenderaan itu dengan laju ke Los Angeles. Sebaik sahaja melihat pencakar langit di kota Los Angeles, Sita menyedari bahawa terdapat helikopter yang diletakkan di bawah bumbungnya. Dengan timbulnya idea untuk melepaskan diri dengan terbang maka Sita pun memandu melalui puing-puing kaca pecah. Sekali-sekala, Sita menembak helikopter dan pada satu kejadian, Sita melompat dari tingkap pencakar langit ke pencakar langit lain sejauh beratus-ratus batu. Sita turut tercedera dalam usahanya untuk melepaskan diri tetapi beliau menyedari bahawa kekuatan penyembuhannya menjadi lebih kuat selepas itu. Sita akhirnya berjaya mendapatkan helikopter yang diperlukannya di pencakar langit kedua dan melepaskan diri dari situ bersama dengan Joel.
Rancangan melepaskan diri itu tidak lancar seperti yang dijangkakan oleh Sita. Semasa mereka cuba melarikan diri, helikopter mereka pula dikejar oleh sebuah lagi helikopter Apache. Menyedari bahawa mereka tidak mampu melepaskan diri dari kejaran helikopter Apache itu, Sita segera mengambil keputusan menjunamkan helikopter itu ke sebuah tasik. Ketika helikopter itu hampir mencecah air, Sita meyakinkan Joel bahawa satu-satunya cara untuk mengelakkan diri mereka daripada ditangkap adalah dengan memalsukan kematian mereka. Sita berjaya melepaskan diri. Namun, Joel yang masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan stamina dan kebolehan barunya itu timbul di permukaan tasik dan terus ditangkap oleh tentera. Sita seterusnya menjejaki Joel dan mendapati bahawa dia dibawa ke pangkalan kerajaan yang dikawal rapi dengan senjata api. Sita bertemu dengan seorang lelaki bernama Andrew Kane di pangkalan tersebut. Sita cuba menggoda dan meminta Andrew membawanya kepada Joel. Sita terkejut selepas mendapati bahawa Andrew telah menghancurkan DNA seorang pontianak.
Selepas memberitahu perkara sebenar kepada Andy, Andy lalu menolong Sita memasuki pangkalan tentera itu. Cubaan Sita digagalkan dan dia ditangkap pula. Memburukkan keadaan lagi, Andy mengakui bahawa dia bukannya Andy tetapi sebenarnya adalah kekasih lama Sita iaitu Arturo Evola, seorang paderi dan ahli kimia dari zaman Inquisition. Pada zaman itu, Arturo cuba menggunakan darah Sita bagi mencetuskan kembali 'blood of Christ' atau darah al-Masih. Hal ini dipercayai membolehkan manusia mencapai keabadian. Arturo beranggapan bahawa dia menjalankan kerja-kerja Tuhan dengan menawarkan keabadian kepada kerajaan Nasrani. Walau bagaimanapun, Arturo mengalami megalomania iaitu khayalan bahawa dia adalah seorang yang agung ketika dalam usaha menghasilkan darah al-Masih itu. Arturo melanggar perjanjian dengan Sita dan menguji darah tersebut ke atas rakan mereka iaitu Ralphe. Ujian tersebut gagal dan Ralphe berubah menjadi makhluk yang hina disebabkan oleh perubahan aura emosi. Ralphe tidak pun mempunyai ciri-ciri ideal gabungan antara kekebalan pontianak dan kemurnian manusia. Walaupun Ralphe memiliki kekuatan melebihi manusiawi, namun dia tidak mampu mengawalnya. Pontianak hanya boleh makan darah apabila memerlukannya dan boleh mengawal nafsu laparnya. Kawalan ini sebenarnya penting. Walau bagaimanapun, Ralphe pula terperangkap dengan kelaparan yang tidak terhingga dan dia makan daging manusia. Inquisitor kemudian mengejar Ralphe namun Sita membunuh Ralphe sebelum mereka menemuinya. Inquisitor kemudian mendapati bahawa Arturo bersalah kerana mencetuskan huru-hara dengan menjadikan Ralphe sebagai seekor syaitan. Sita percaya bahawa Arturo dibakar di pancang. Namun, hal yang sebenarnya adalah Arturo mengakui kesalahannya dan berjaya melepaskan diri.
Sita menggunakan kuasanya untuk mencetuskan rusuhan di pangkalan tentera dan melepaskan dirinya dari sel tahanan. Dia turut membunuh ramai tentera walaupun hatinya berat untuk melakukan hal itu. Sita menangkap Jeneral Havor, komander pangkalan tersebut dan menggunakannya untuk melancarkan peluru berpandu nuklear bagi memusnahkan maklumat berkenaan DNA pontianak. DNA Sita dan Joel yang terdapat dalam sampel darah di pangkalan tersebut turut dimusnahkan. Pada saat itu, Arturo tiba bersama dengan sepasukan tentera dan bersedia untuk peperangan akhir.
Pada ketika Sita nampaknya mengalami kekalahan, dia menjadi deus ex machina nya sendiri. Dia mendapati bahawa serapan darah Yaksha yang terbaru itu memberikannya kuasa yang baru pula iaitu terbang. Dengan sinaran rembulan, Sita menjadi halimunan. Apabila dia cuba untuk membawa Joel, dia mendapati bahawa dia tidak mampu dan tidak boleh menyentuhnya pun. Peluru berpandu meletup dan Sita pun melepaskan diri. Joel tersayang dan Arturo yang berduka pun menghilang dalam letusan tersebut. Sita menggunakan peralatan kimia Arturo untuk mengubah dirinya menjadi manusia. Pada penghujung nobel ini, Sita mendapati bahawa dia menjadi seorang manusia dan mendengar seseorang mengetuk pintu. Dia tidak menjawab ketukan pintu tersebut. Seymour berada di pintu dan marah. Dia tidak puas hati dengan perbuatan Sita.