Tips Penerbitan Buku

Berikut adalah tips yang difikirkan berguna untuk penerbitan buku.
  • Kulit buku mesti direka oleh mereka yang berpengalaman dalam menggunakan program grafik seperti Bookcoverpro, menjalinkan design, typeface dan ilustrasi.
  • Ramai penerbit mahir dalam mempromosikan buku. Walaupun kosnya mungkin mahal, penerbit buku yang bagus selalunya membuat promosi yang berbaloi dengan kos.
  • Pertimbang untuk menggunakan syarikat luar bagi book order fulfillment atau pemenuhan pesanan buku. Jadi kita tidak perlu bersusah payah menyewa ruangan meletak buku. Banyak pengedar buku menawarkan perkhidmatan ini. Ia berbaloi untuk dipertimbangkan kerana ia membolehkan penerbit buku kecil beroperasi dari pejabat di rumah sahaja.
  • Hadiri konvensyen penerbitan BookExpo America (BEA) yang diadakan sekali setahun. Semua penerbit utama seluruh dunia berkumpul di sidang tersebut dan ia merupakan cara terbaik untuk kita membina jaringan di seluruh strata dunia penerbitan buku.
  • Banyak buku diterbitkan di luar negara kerana ia boleh menjimatkan kos percetakan.
Untuk situasi di Malaysia, cuba seperti berikut dahulu.
  • Senaraikan syarikat-syarikat penerbit dan percetakan buku tempatan serta tema yang difokuskan oleh mereka.
  • Senaraikan ekspo-ekspo dan sidang yang melibatkan penjualan buku di sekitar Kuala Lumpur.
  • Senaraikan badan-badan kerajaan yang berkaitan dengan buku dan perniagaan buku. Cuba lihat di universiti juga.