Tona, Gaya dan Kepanjangan Laporan

Walaupun laporan aktiviti diedarkan dalam persekitaran tempat kerja melalui saluran tidak rasmi, penting sekali untuk kita menulisnya dengan tona profesional kerana rakan sekerja dan pengurus akan membacanya.

Gunakan bahasa yang jelas, padat dan konkrit dalam membincangkan kemajuan projek dalam usaha untuk mengelakkan kekaburan mengenai status terkini projek itu. 

Akhir sekali, pastikan laporan aktiviti ini ringkas kerana ia adalah pesanan tidak rasmi yang diharapkan tidak memerlukan sebarang tindakan segera. Kita hanya mahu pembaca menyelak isi kandungannya dengan cepat dan berkesan. Menggunakan senarai ringkas dan mengelakkan butiran panjang lebar serta penggunaan bahasa konkrit boleh memastikan laporan aktiviti kita menyampaikan status projek dengan efektif.

Rujukan lanjut mengenai hal seperti di atas boleh didapati dalam Penulisan Laporan Aktiviti, Kolej Seni Bebas, Universiti Purdue.