Sabtu, 12 Julai 2014

Airbnb


Airbnb Inc. adalah pasaran atas talian yang membantu mengaturkan tempat penginapan terutamanya rumah penginapan atau pengalaman pelancongan kepada pelancong. Syarikat ini tidak mempunyai senarai pasaran hartanahnya sendiri dan tidak menjadi tuan rumah kepada events. Ia hanya bertindak sebagai broker yang menerima duit komisyen dari setiap tempahan yang diterima. Syarikat ini beribu pejabat di San Francisco, California di Amerika Syarikat.

Syarikat ini terbit selepas pengasasnya meletakkan tilam udara dalam ruang tamu mereka, seterusnya menukarkan apartment mereka menjadi ruangan "bed and breakfast" sekaligus mengurangkan kos tinggi yang mereka tanggung di San Francisco. Perkataan Airbnb ini adalah versi kependekan dari "AirbedandBreakfast.com".

Rujukan
  • Sewakan Bilik atau Rumah di Airbnb Website (online)
Kredit Gambar
  • Christopher Jolly via Jules Yap, 8 hacks ideas for a cozy bedroom: Fresh Start 2020, IKEA Hackers, 30 January 2020 (online)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan