Mungkin kerjanya tidak sebanyak yang anda fikirkan. Hakikatnya, jika anda sudah mempunyai laman sesawang sendiri atau blog, anda boleh ubah isi kandungan popular anda menjadi buku. Fikirkan mengenainya, anda boleh mengambil kandungan terbaik yang telah anda tulis dalam laman anda. Kemudian gubahnya semula menjadi buku yang dicetak, e-buku PDF atau buku audio bagi memanfaatkan segala usaha keras anda.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda jalankan dalam usaha untuk menjadi seorang penulis yang menerbitkan buku sendiri. Laman AdvertorialAgency.com boleh membantu anda dalam sebaran am mengenai buku yang anda terbitkan sendiri.
- Hasilkan ringkasan dan susun atur bab menggunakan rencana terbaik dari laman sesawang atau blog anda.
- Masukkan isi kandungan ke dalam template yang diformat untuk menghasilkan saiz buku yang dikehendaki. Contohnya, gunakan Microsoft Word.
- Simpan buku anda itu dalam format fail PDF.
- Pilih seorang pereka untuk merekacipta kulit buku anda atau anda boleh hasilkan sendiri jika anda pandai dalam grafik.
- Pilih syarikat penerbitan sendiri yang sesuai dengan anda.
- Buat akaun dengan penerbit dan muat naik dokumen anda ke situ.
- Mula mempromosikan dan menjual naskah-naskah buku anda secara atas talian. Anda boleh menggunakan laman sesawang, blog atau akaun media sosial anda.
- Akhir sekali, tukarkan buku anda kepada pelbagai jenis format bagi memanfaatkan karya anda contohnya e-buku PDF, buku audio dan e-buku kindle.
Saya terjumpa dengan beberapa konsep penerbitan buku sendiri pada musim luruh tahun 2008 apabila salah seorang rakan saya, seorang jurucakap menunjukkan senaskah buku terbitannya sendiri. Bukunya bukan sahaja mampu dimiliki malahan hanya memerlukan perbelanjaan penerbitan sebanyak dua atau tiga dollar sahaja. Kualitinya bagus juga. Nampaknya dia menerima kredibiliti segera menjadi seorang penulis yang berpenerbitan.
Selepas bertemu dengan rakan ini, saya fikir bahawa saya pun boleh melakukannya. Percaya atau tidak, selepas lebih kurang sebulan bertungkus-lumus akhirnya saya berjaya menerbitkan buku sebanyak 190 muka surat yang didasarkan kepada laman sesawang saya Teen-Beauty-Tips.com. How did I do it? Saya mengikuti langkah seperti yang tersenarai di atas.
Pengalaman Menerbitkan Buku Pertama
- Saya mengumpulkan draf awal berdasarkan kepada rencana terbaik dari laman sesawang saya. Selepas itu, saya membuat keputusan untuk meringkaskan kandungan tersebut dan memformatkan kandungan tersebut menjadi bab-bab dalam buku saya.
- Saya memberikan judul buku, "Mirror Mirror... Am I Beautiful? Looking Deeper to Find Your True Beauty," dan memulakan proses menyalin dan menampal teks dari rencana-rencana saya ke dalam template Microsoft Word.
- Saya menukarkan dokumen Microsoft Word kepada fail PDF menggunakan edisi percuma PDF995 (untuk berbuat begini cuba klik pada properties, kemudian advanced option dan pilih the "statement [5.5 x 8.5]" dari drop-down menu untuk format kertas).
- Disebabkan saya hanya mempunyai dana yang sedikit, maka saya bercadang menggunakan pendekatan merekacipta sendiri kulit buku saya menggunakan perisian Photoshop.
- Selepas melakukan lebih banyak kajian berkenaan penerbitan sendiri, saya bercadang menggunakan CreateSpace (bersekutu dengan Amazon) untuk menghasilkan buku saya. Kenapa? Kerana tiada kos awalan, saya dapat disenaraikan dengan segera dan saya boleh membeli naskah buku saya dengan harga kurang daripada empat dollar untuk dijual di majlis-majlis atau untuk tujuan lain.
- Akhirnya, saya sedia untuk memuat naik fail-fail saya dan memesan naskah yang sudah disunting. Buku bermuka surat 190 saya dengan kulit lembut hanya melibatkan kos sebanyak $ 3.13 dengan tambahan penghantaran menggunakan kapal. Semua ini terhasil dengan bantuan Createspace Pro Plan. Walaupun Pro Plan meminta yuran sekali sebanyak $ 39.00 diikuti dengan yuran tahunan $ 5.00 namun ia berbaloi. Saya mendapat royalti yang agak tinggi dan boleh membeli naskah saya sendiri dengan harga lebih murah.
- Saya berasa sangat hebat dengan penerbitan buku pertama saya ini. Saya mula menjual naskah buku saya secara atas talian menerusi laman sesawang saya dan di majlis-majlis ucapan.
- Langkah terakhir saya adalah untuk mencipta versi lain bagi buku yang sama. Saya memilih untuk mempersembahkannya secara digital sebagai e-buku PDF dan memberi naskah percuma kepada pengikut newsletter saya. Saya turut merekod versi audio buku saya menggunakan perisian percuma, alat bantu rakaman dan pembesar suara berharga $ 30.00. Sebaik sahaja fail-fail itu sempurna, saya menjual muat turun MP3 buku audio itu menerusi ClickBank dan versi CD buku audio itu menggunakan Kunaki. Dengan Kunaki, penulis buku boleh membeli CD dengan harga serendah $ 1.00 sahaja termasuk dengan pengangkutan kapal.
Keuntungan Jual Buku
Jujurnya, dengan bidang pengkhususan yang kecil dan mengkhusus ini saya tidak menjadi kaya pun dengan menjual buku dari laman sesawang saya. Walau bagaimanapun, saya menerima bayaran cek dari penjualan atas talian dan luar talian secara berterusan. Apabila trafik laman sesawang saya meningkat dengan melebihi 1,000 orang pelawat setiap hari, maka jualan saya juga meningkat.
Jika anda ingin mendapat keuntungan besar dalam penerbitan, saya mengesyorkan anda untuk mengupah seorang profesional bagi merekacipta template dalaman buku dan kulit buku. Saya juga mengesyorkan supaya anda mengupah seorang penyunting profesional. Selepas mengikuti jalan penerbitan sendiri ini, saya akhirnya berkeputusan mengupah seorang pereka untuk mengemaskini kulit buku saya.
Akhir sekali, jika anda benar-benar ingin menerbitkan sendiri buku anda. Saya mengesyorkan supaya anda memulakan syarikat penerbitan anda sendiri menggunakan Lightning Source. Namun, hati-hati kerana ia memakan masa, wang dan usaha. Walau bagaimanapun, pada penghujungnya anda akan menerima lebih banyak royalti menerusi Lightning Source terutamanya jika anda ingin memasarkan buku anda kepada pembaca antarabangsa atau di kedai buku. Jika anda berminat menggunakan khidmat Lightning Source, saya mengesyorkan supaya anda membaca The Publishing Manual oleh Dan Poynter bagi memberikan anda panduan langkah demi langkah dalam usaha menerbitkan buku sendiri.
Rujukan