Cerita Rekaan

Cerita rekaan atau singkatannya cereka diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai fiction merupakan sejenis karya sastera penulisan yang dicipta hasil dari imaginasi penulis. Cereka ini boleh jadi dalam bentuk novel atau cerita pendek.

Walaupun cerita rekaan adalah antara cabang terbesar dalam karya sastera, ia boleh juga merujuk kepada teater, perwayangan dan karya muzik. Fiction pula berlawanan dengan bukan fiction iaitu yang ditulis dengan fakta atau sekurang-kurangnya dianggap sebagai fakta, acara, penerangan, pemerhatian dan lain-lain seperti biografi, sejarah serta pengalaman. Fiction mungkin diinspirasikan atau mempunyai rujukan fakta atau sesuatu peristiwa sebenar.

Berikut adalah cerita pendek yang aku petik dari pelbagai sumber sebagai rujukan untuk penulisan kreatif.