Dead Like Me


Dead Like Me (Mati Macam Aku) merupakan siri drama TV komedi yang dibintangi oleh Ellen Muth dan Mandy Patinkin sebagai grim reaper yang tinggal di Seattle, Washington. Ia difilemkan di Vancouver, British Columbia. Pertunjukan TV ini dicetuskan oleh Bryan Fuller untuk jaringan kabel Showtime, yang berlangsung selama dua musim (2003-2004).

Fuller meninggalkan pertunjukan tersebut selepas lima episod dalam musim pertama sebab percanggahan kreativiti; pengarahan kreatifnya diambilalih oleh produser eksekutif, John Masius dan Stephen Godchaux. Kemudian, filem bentuk DVD berjudul Dead Like Me; Life after Death dikeluarkan pada 17 Feb 2009 dengan pilihan untuk memainkan semula siri-siri tersebut.

Georgia "George" Lass (Ellen Muth) merupakan watak protagonis dan periwayat cerita. George meninggal awal dalam episod permulaan dan menjadi salah seorang anggota pasukan pencabut nyawa (grim reapers). George kemudian baru mengetahui bahawa pekerjaan mereka adalah untuk mencabut nyawa orang, seboleh-bolehnya sebelum mereka mati, dan menemani mereka sehingga mereka berpindah ke dunia akhirat. George meninggalkan ibunya (Cynthia Stevenson), dan seluruh keluarga ketika hubungan keluarga mereka sedang bergoncang.

Siri TV ini menerokai pengalaman pasukan kecil itu, di samping menerokai perubahan di sanubari George dan cara keluarganya menerima hakikat kehilangannya. Berikut adalah ringkasan bagi episod-episodnya dalam bahasa Melayu. Aku pasti bahawa anda tak akan jumpa ringkasan ini dalam bahasa Melayu.
Sila masukkan isi seterusnya untuk rujukan.

Rujukan

  • Dead Like Me, Wikipedia (online)
  • Dead Like Me, Wikiquote (online)