Orang Malayali Malaysia

Orang Malayali Malaysia merujuk kepada orang yang berbangsa Malayali atau keturunan daripada mereka yang bermigrasi ke Malaysia dari rantau yang berbahasa Malayalam di negeri Kerala. Mereka membentuk etnik India yang kedua terbesar di Malaysia dengan membentuk 15% daripada populasi orang India Malaysia.

Migrasi terbesar orang Malayali di British Malaya berlaku semasa zaman British India yang menggalakkan migrasi pekerja India untuk bekerja di ladang-ladang ketika itu. Namun, tidak seperti orang Tamil yang membentuk majoriti etnik India, orang Malayali kebanyakannya dilantik menjadi mandur di ladang ladang sawit yang mengikut Sistem Kangani. Dalam pada itu, terdapat juga orang Malayali yang menjalankan perniagaan dan membuka perniagaan kecil dengan ramai daripada mereka itu menjalankan perniagaan runcit atau restoran. Lebih daripada 90% populasi orang Malayali di Malaysia memegang kewarganegaraan Malaysia.

Setakat ini sahajalah masukan kita mengenai orang Malayali warganegara Malaysia. Tujuan masukan ini dibuat adalah supaya kita dapat memahami antropologi dan sosiologi penduduk serta warganegara Malaysia dengan lebih baik, terima kasih.